KUALA LUMPUR: Perdagangan Borong dan Runcit Malaysia mencatat nilai jualan berjumlah RM136.0 bilion, meningkat sebanyak 6.3 peratus tahun ke tahun pada April 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Menurut jabatan berkenaan, kenaikan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat 12.9 peratus atau RM6.9 bilion kepada RM60.5 bilion manakala perdagangan borong juga menokok 3.2 peratus atau RM1.9 bilion kepada RM60.9 bilion.
"Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit turun -1.8 peratus berikutan penyusutan bagi subsektor kenderaan bermotor dan perdagangan borong masing-masing -19.8 peratus dan -1.1 peratus," kata jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Subsektor kenderaan bermotor pada turun 5.1 peratus kepada RM14.6 bilion, dipengaruhi oleh jualan kenderaan bermotor yang merosot -17.3 peratus atau RM1.4 bilion kepada RM6.8 bilion.
Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, selain itu jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal turut menguncup -29.8 peratus.
"Bagi perbandingan bulanan, subsektor ini turut merekodkan pertumbuhan negatif sebanyak -19.8 peratus, disebabkan oleh kejatuhan pada jualan kenderaan bermotor dengan -33.5 peratus," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut berkata, dari segi prestasi rentas subsektor, pertumbuhan pertumbuhan subsektor perdagangan runcit mencatat 12.9 peratus pada April 2023, disokong oleh jualan runcit bagi kedai bukan pengkhususan yang meningkat 18.0 peratus atau RM3.6 bilion kepada RM23.4 bilion.
Kumpulan lain dalam subsektor tersebut yang turut merekodkan pertumbuhan positif adalah jualan runcit di kedai pengkhususan 17.4 peratus; jualan runcit bahan api kenderaan 19.6 peratus dan jualan runcit makanan, minuman dan tembakau 15.1 peratus.
"Kenaikan 3.2 peratus bagi subsektor perdagangan borong pula disumbangkan oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau yang meningkat sebanyak RM900 juta atau 7.7 peratus kepada RM12.1 bilion.
"Ini diikuti oleh jualan borong barangan isi rumah (5.4 peratus) dan jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (5.1 peratus)," jelas Jabatan Perangkaan Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, indeks volum perdagangan borong dan runcit pada April 2023 mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.7 peratus yang disumbangkan oleh perdagangan runcit (10 peratus) dan perdagangan borong (3.4 peratus).
"Indeks volum pelarasan musim pula meningkat 6.5 peratus bagi bulan ke bulan," jelas kenyataan itu lagi.
- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Indeks volum perdagangan borong dan runcit pada April 2023 mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.7 peratus. - Gambar fail BERNAMA
63 anggota polis bertugas setiap hari
Seramai 363 anggota polis akan bertugas setiap hari bagi meningkatkan kawalan trafik dan rondaan keselamatan di sekitar ibu negara bermula hari ini hingga 2 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Didakwa edar hampir 20 kilogram heroin, kelindan lori berdepan hukuman mati
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkaj 28 April depan sebagai tarik sebutan semula kes.
Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
KDNK 2024 Malaysia dijangka cecah 5.1 peratus berbanding 3.6 peratus pada 2023
KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.
Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Selangor pertimbang tubuh jabatan data, mantapkan perancangan pembangunan negeri - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia menimbangkan cadangan menubuhkan sebuah jabatan bagi mengumpul dan mentafsir data terkini pelbagai sektor berkepentingan untuk memantapkan perancangan pembangunan negeri.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.