KUALA LUMPUR: Perdagangan dua hala Malaysia-Taiwan meningkat 36.2 peratus kepada jumlah AS$36.6 bilion (AS$1=RM4.56) pada tahun 2022 disokong oleh permintaan rantaian bekalan global.
Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang berkata Taiwan mengeksport banyak produk elektrik dan elektronik (EE) ke Malaysia.
“Pada masa sama, produk EE Malaysia turut dieksport ke Taiwan. Bagaimanapun, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara menyaksikan penurunan bagi separuh pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama setahun lalu disebabkan kelembapan ekonomi global,” katanya ketika ditemui Bernama di Pameran Bangunan dan Rekaan Dalaman (ARCHIDEX) Edisi Ke-22 di sini semalam.
Ia berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai semalam hingga 29 Julai depan.
Chang berkata Malaysia adalah tumpuan utama Dasar Baru Taiwan dan Taiwan juga merupakan rakan kongsi perdagangan dan pelaburan penting untuk Malaysia.
Sementara itu, Pavilion Taiwan Excellence menampilkan 10 syarikat yang memenangi anugerah dalam sektor kediaman dan bahan binaan rumah pintar, pavilion itu dianjurkan bersama oleh Biro Perdagangan Luar Negeri dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA).
Sebanyak 17 peralatan mengurangkan karbon, bahan binaan penjimatan tenaga mesra alam dan aplikasi kehidupan pintar yang dibangunkan Taiwan dipamerkan pada acara tersebut.
Produk yang dipaparkan pada acara itu menunjukkan nilai inovatif daripada segi penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk dan kualiti.
Salah satu pempamer, Innolux Corp berhasrat untuk memasuki pasaran Malaysia untuk memasarkan produk tingkap pintarnya yang secara automatik melaraskan pencahayaan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara.
Pengarah Besar Teknikal Innolux Corp (Innolux), James Hsu berkata syarikat itu sedang berusaha untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan.
"Kami akan cuba mencari rakan kongsi yang berpotensi dari Malaysia untuk membantu kami mengembangkan pasaran kami. Innolux adalah pengeluar skrin paparan profesional, bukan pengeluar bahan binaan. Itulah sebabnya kami perlu melibatkan diri dengan syarikat tempatan untuk membantu kami memahami apa yang diperlukan dalam pasaran Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Chang (duduk, tiga, kiri) menyertai sesi fotografi bersama tetamu pada sidang media Pavilion Taiwan Excellence di ARCHIDEX, Kuala Lumpur, 26 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia, India pertimbang guna matawang masing-masing dalam perdagangan dua hala - Zambry
Malaysia dan India sedang mempertimbangkan penggunaan matawang masing-masing dalam urusan perdagangan dua hala dalam usaha memperluas kerjasama ekonomi.
Perdagangan dua hala Malaysia-Taiwan meningkat kepada AS$36.6 bln pada 2022
James Chang berkata Taiwan mengeksport banyak produk elektrik dan elektronik (EE) ke Malaysia.
Ekspo Taiwan 2023 dijangka jana perdagangan dua hala US$48 juta
Penganjur menjangkakan seramai 20,000 pengunjung pada acara selama tiga hari itu yang akan diadakan dari 24 hingga 26 Ogos ini.
Argentina, Malaysia terus perkukuh dan mempelbagaikan hubungan - Duta
Setiap tahun Argentina dan Malaysia terus berusaha memperkukuh dan mempelbagaikan hubungan, kata Duta Argentina ke Malaysia Manuel Jose Balaguer Salas.
Malaysia dan Thailand sasar perdagangan dua hala US$30 bilion menjelang 2025
Keduanya berharap Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama di peringkat menteri yang ketiga dapat diadakan secepat mungkin.
Iran rancang tingkatkan import minyak sawit dari Malaysia
Mengikut data terkini, Iran berada di kedudukan teratas dalam senarai jumlah import minyak sawit Malaysia tahun ini dalam kalangan 10 negara Timur Tengah.
Beberapa syarikat Austria minat melabur di Malaysia - MITI
Sejajar tumpuan Malaysia terhadap isu ESG, Mohamed Azmin memberi jaminan Malaysia akan memudahkan minat syarikat Austria yang dikenali kerana mengutamakan tenaga bersih.
Perubahan politik tidak jejas dagangan Malaysia, miliki dasar konsisten - MITI
Lazimnya perubahan politik boleh memberi kesan ketara terhadap dasar perdagangan dan ekonomi selain turut mempengaruhi senario perniagaan.