KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) telah bersetuju untuk tidak meneruskan pengambilalihan 33 peratus kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) dengan pertimbangan tunai RM1.15 bilion oleh KLK.
BPlant dan KLK berkata bahawa "syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023."
"Berdasarkan kepada keadaan itu, pihak-pihak berkaitan saling bersetuju bahawa SCA itu akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Okt 2023," kata kedua-dua syarikat dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia hari ini.
Berikutan daripada penamatan itu, RHB Investment Bank Bhd, bagi pihak KLK, berkata BHB akan memulangkan deposit bersamaan kira-kira RM229.15 juta kepada KLK dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula hari ini, "atau tarikh lain yang boleh dipersetujui antara pihak-pihak."
Kedua-dua KLK dan BPlant berkata penamatan SCA itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, pendapatan sesaham, aset bersih dan aset bersih sesaham mereka bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024 (untuk KLK) dan tahun kewanga berakhir 31 Dis 2023 (untuk BPlant).
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah pemegang kepentingan utama dalam BPlant dan syarikat induknya adalah BHB.
Pada 24 Ogos 2023, KLK mencadangkan untuk membeli 739.20 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.
KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPlant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT pada harga RM1.55 sesaham.
Harga tawaran nilai BPlant ditetapkan adalah pada RM3.47 bilion.
Dalam satu kenyataan pada 11 Sept 2023, KLK mengumumkan pihak terbabit bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir perjanjian itu kepada 22 Sept 2023. Selepas itu, tarikh tersebut dilanjutkan lagi kepada 6 Okt 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

BPlant dan KLK berkata bahawa "syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023."
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perjanjian Boustead-KLK ditamatkan serta merta pada 4 Okt
BPlant dan KLK berkata bahawa "syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023."