Perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bakal memberi khidmat kepada ratusan ribu jemaah haji di Mekah.
Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat berkata Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang giat melakukan persiapan bagi memastikan perkhidmatan rel itu bagi tahun kedua operasinya berjalan lancar.
Beliau yang membuat lawatan kerja ke depoh dan stesen itu semalam (pada Isnin), turut menyuarakan rasa puas hati dengan persiapan yang dilaksanakan MMMSL.
"Dengan pengalaman yang sedia ada dan doa daripada kami di pejabat Konsul General di Jeddah dan seluruh rakyat Malaysia, saya yakin operasi tahun ini akan berjalan lancar dan lebih mantap daripada apa yang dilaksanakan tahun lepas.
"Saya berharap seluruh warga kerja MMMSL akan memberikan komitmen penuh kepada operasi ini kerana ia bukan saja penting untuk keselesaan para jemaah tetapi juga untuk mengharumkan nama negara," katanya dalam kenyataan media hari ini.
MMMSL beroperasi selama tujuh hari setahun khusus untuk musim haji.
Kerja-kerja penyelenggaraan dan ujian untuk tren serta sistem berjalan sepanjang tahun mengikut jadual kerja yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.
Bagi musim haji tahun ini, kerja percubaan operasi sepenuh masa 24 jam sehari sedang giat dilaksanakan sejak 9 Julai lepas.
Kerja itu bakal berakhir pada 5 September ini sebelum operasi sebenar bermula dua hari kemudian pada 7 September ini.
Berdasarkan kepada lokasi penempatan jemaah yang ditetapkan mengikut negara, perkhidmatan MMMSL digunakan sepenuhnya oleh jemaah dari negara-negara Teluk dan Asia Selatan.
Astro Awani
Tue Aug 23 2016

Mohamad Ali yang membuat lawatan kerja ke depoh dan stesen itu semalam (pada Isnin), turut menyuarakan rasa puas hati dengan persiapan yang dilaksanakan MMMSL. - Foto www.myrapid.com.my

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Prasarana akan buat laporan kepada SPRM, SSM mengenai projek di Arab Saudi
Prasarana akan membuat laporan kepada SPRM dan SSM berhubung projek MMMSL di Arab Saudi yang mengakibatkan Prasarana menanggung jumlah kerugian teraudit bernilai 417 juta riyal Saudi (RM500 juta).

Perkhidmatan rel MMMSL bakal dimanfaatkan ratusan ribu jemaah
Perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bakal memberi khidmat kepada ratusan ribu jemaah haji di Mekah.

Prasarana jangka operasi Makkah Metro meningkat musim haji depan
Dengan menggunakan 15 set tren 12 gerabak, MMMSL mampu membawa sehingga 3,500 penumpang pada satu masa sepanjang laluan 18.1 kilometer yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Aktiviti kawalan penumpang akan dipertingkatkan di stesen Al Mashaaer Makkah Metro
Perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) akan dipertingkatkan melalui aktiviti kawalan penumpang di kawasan stesen.

Semua staf Al Mashaaer Makkah Metro dari M'sia selamat - MMMSL
Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih jemaah haji.