KUALA LUMPUR: Permohonan pinjaman bagi pembelian hartanah terus meningkat dengan data yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kenaikan 4.5% bulan ke bulan kepada RM53.4 bilion pada Ogos 2022.
Penganalisis MIDF Research, Jessica Low Jze Tieng berkata, permohonan pinjaman terus kekal stabil pada bulan tersebut sekali gus membuktikan permintaan hartanah tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).
Katanya, permintaan terhadap hartanah disokong oleh pembukaan semula ekonomi, berdasarkan kepada kenaikan 66.1% tahun ke tahun berbanding Ogos 2021 yang terjejas akibat sekatan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.
"Data BNM ini juga menunjukkan jumlah pinjaman yang diluluskan untuk pembelian hartanah meningkat sedikit kepada RM23.3 bilion (meningkat 2.4% bulan ke bulan) pada Ogos 2022, berbanding penurunan 9% bulan ke bulan pada Julai 2022.
"Peningkatan ini disebabkan terutamanya permohonan pinjaman hartanah yang lebih tinggi pada Ogos, secara tidak langsung mengurangkan peratusan yang lebih rendah daripada jumlah pinjaman diluluskan berbanding jumlah pinjaman dipohon sebanyak 43.6% pada Ogos berbanding 44.5% pada bulan sebelumnya," katanya dalam nota kajian pada Rabu.
Setakat tahun ini, BNM telah menaikkan OPR sebanyak tiga kali dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kepada 2.5%.
Pada Ogos, bank pusat mendapati pembiayaan bersih meningkat sebanyak 6.1% didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman terkumpul (6.8%) dan bon korporat (4.3%).
Pinjaman isi rumah terkumpul meningkat sebanyak 6.5% berbanding 6.1% pada Julai dalam keadaan pertumbuhan yang stabil merentas kebanyakan tujuan.
Pertumbuhan pengeluaran pinjaman mencerminkan pertumbuhan permohonan pinjaman yang mampan, terutamanya untuk pembelian rumah dan kereta.
Menurut Jze Tieng, kelulusan pinjaman yang lebih tinggi itu adalah sejajar dengan sedikit pemulihan dalam jualan hartanah baharu bagi pemaju.
"Bagi asas tahunan, jumlah pinjaman yang diluluskan untuk pembelian hartanah pada Ogos 2022 melonjak sebanyak 93%, disebabkan oleh asas yang rendah pada Ogos 2021.
"Ia juga didorong peningkatan peratusan jumlah pinjaman yang diluluskan berbanding jumlah pinjaman yang dipohon sebanyak 43.6% pada Ogos 2022 berbanding 37.5% pada Ogos 2021," jelasnya.
Beliau berkata, unit kediaman tidak terjual menunjukkan pengurangan pada suku kedua kepada 34,092 unit daripada 35,592 unit pada suku pertama berdasarkan data yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
Namun, katanya, unit tidak terjual itu masih kekal tinggi melebihi 30,000 unit setelah ia meningkat melebihi 35,000 unit pada suku keempat 2021 disebabkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan pada tempoh tersebut.
"Oleh itu, kami berpendapat sektor ini masih terus dipengaruhi isu ini memandangkan unit tidak terjual masih kekal tinggi pada suku berkenaan," katanya.
Secara keseluruhan, MIDF Research mengekalkan pandangan 'neutral' terhadap sektor hartanah berikutan masalah kediaman tidak terjual yang masih tinggi.
Firma itu menamakan Mah Sing Group Bhd. dan IOI Properties Group Bhd. sebagai pilihan utama bagi sektor tersebut. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 13 2022

Permohonan pinjaman terus kekal stabil pada bulan tersebut sekali gus membuktikan permintaan hartanah tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR). -Gambar hiasan/Dagang News

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Industri hartanah mampu serap kenaikan OPR jika ia berlaku - Rehda
Katanya, impak OPR mungkin tidak dirasai kerana kadar penanda aras telah diselaraskan kepada 3.0 peratus, daripada 1.75 peratus sebelum ini.

Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Bank Negara nilai kesan kenaikan OPR 100 bps sebelum ambil tindakan seterusnya
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Permohonan pinjaman kekal stabil, kenaikan OPR tidak halang orang ramai beli rumah
Permohonan pinjaman terus kekal stabil pada bulan tersebut sekali gus membuktikan permintaan hartanah tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Kenaikan OPR bukan ditentukan kerajaan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

Kenaikan OPR bakal mempengaruhi pembeli rumah dari kumpulan M40
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah.