Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menetapkan sasaran jualan sebanyak 202,000 unit bagi 2017, kurang dua peratus berbanding 207,1000 unit yang dicatatkan pada 2016, dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata walaupun pengurangan tiga peratus dalam prestasi jualan bagi 2016 berbanding sasaran awal 216,000, bahagian pasaran tahun lepas berkembang kepada 35.7 peratus daripada 32 peratus, jumlah tertinggi bagi syarikat.
Mengenai jumlah keseluruhan industri (TIV), Perodua mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan dua peratus kepada 590,000 unit tahun ini daripada 579,600 pada 2016.
"Berdasarkan unjuran ini, kami menyasar untuk menguasai 34 peratus daripada bahagian pasaran atau menjual melepasi 200,000 dengan 202,000 kenderaan pada 2017," katanya pada sidang akhbar mengenai Prestasi Perodua 2016 di sini hari ini.
Aminar berkata sasaran jualan konservatif Perodua bagi 2017 akan menunjukkan penurunan sebanyak 1.5 peratus dalam bahagian pasaran.
"Dalam keadaan pasaran yang sukar dan kemungkinan disebabkan peserta industri lain juga berdepa cabaran, TIV industri tahun lepas mengecil 13 peratus, tetapi kami hanya kurang tiga peratus.
"Kami mengunjur pasaran akan terus sukar tahun ini sebagaimana yang dilihat dalam jumlah tempahan dan persaingan semakin sukar," katanya.
Beliau berkata jika berlaku peningkatan dalam petunjuk ekonomi, Perodua akan menyemak naik sasaran tahun ini.
Walaupun persekitaran jualan dalam negara yang sukar tahun ini, Aminar berkata jumlah eksport Perodua meningkat enam peratus tahun lepas kepada 4,700 unit daripada 4,400 pada 2015, dengan 63 peratus ke Indonesia.
Mengenai strategi keuntungan tahun ini, beliau berkata Perodua akan memberi tumpuan yang lebih kepada lepas jualan untuk pertumbuhan perolehan.
Bagi perbelanjaan modal (Capex), Aminar berkata perbelanjaan Perodua akan meningkat pada RM557 juta tahun ini berbanding RM492 juta pada 2016, dengan sasaran untuk menambah baik peralatan, aliran proses dan menambah baik produktiviti di kilang semasa serta meningkatkan rangkaian.
Menyentuh mengenai impak kelemahan ringgit, Aminar berkata ia menjejaskan Perodua dari segi kos kerana syarikat mengimport komponen dalam dolar AS dan yen.
"Kami akan terus memantau keadaan. Pada masa ini kami terus menyerap (impak kelemahan ringgit) dan tidak mempunyai rancangan untuk mengkaji semula harga," katanya.
Aminar berkata tahun 2017 menandakan permulaan baharu bagi program Transformasi 2.0 Perodua, pelan hala tuju lima tahun dari 2017 untuk menangani cabaran masa depan dan persekitaran ekonomi.
"Wawasan kami ialah untuk menjadi peneraju jenama kenderaan mampu milik di rantau ini dengan standard global," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Tahun 2017 menandakan permulaan baharu bagi program Transformasi 2.0 Perodua, pelan hala tuju lima tahun dari 2017. - Gambar fail
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Perodua Myvi baharu dapat pensijilan keselamatan lima bintang
Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).
Myvi baharu lebih murah, banyak teknologi baharu
Perodua menyasarkan jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu yang dilancarkan hari ini, dengan sejumlah 5 ribu tempahan sudah diterima sejak ia dibuka kepada umum bermula 9 November lepas.
Perodua sasar jual 6,000 kereta Myvi baharu
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu akan berada di bilik pameran syarikat berkenaan di seluruh negara mulai esok.
Pengeluaran Perodua Myvi cecah sejuta unit
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata angka itu dicapai pada hujung minggu lalu, sekali gus membolehkan Myvi kekal sebagai kereta paling laris di Malaysia.
Perodua Bezza mula berada di pasaran Sri Lanka
Model Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) berharga 3.69 juta Rupee Sri Lanka (RM103,162.29).
Perodua Bezza dapat pengiktirafan MRM
Anugerah berkenaan telah diserahkan oleh MRM dalam satu majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 pada 18 April lepas.
Perodua sasar jualan 2017 lepasi 200,000 unit
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menetapkan sasaran jualan sebanyak 202,000 unit bagi 2017, kurang dua peratus berbanding 2016.
Perodua Bezza: Tempahan mencecah 19,000 unit!
Tempahan untuk kereta sedan kompak pertama Perodua, Perodua Bezza, telah pun mencecah 19,000 unit.
Perodua Bezza dibuka untuk tempahan mulai 16 Julai
Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co.
Perodua tawar bantuan kepada mangsa banjir kilat Kuala Lumpur
Perodua akan memberikan bantuan daripada segi perkhidmatan tunda, diskaun bagi beberapa alat ganti dan pemeriksaan percuma.