KUALA LUMPUR: Hasil kajian Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menunjukkan dasar-dasar pro-Bumiputera yang sedia ada dalam perolehan awam tidak semestinya memastikan kontraktor Bumiputera diberi peluang sama rata.
Ia didedahkan dalam laporan terbaharu IDEAS berkenaan perolehan awam dan pembangunan syarikat Bumiputera dalam industri pembinaan, meneliti dasar-dasar perolehan awam dan keutamaan syarikat Bumiputera, hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, Malaysia seperti negara-negara lain di seluruh dunia, menggunakan perolehan awam bagi tujuan pembangunan dengan memberikan keutamaan kepada golongan-golongan tertentu dalam pemberian kontrak.
Bagaimanapun, dasar Malaysia memberi tumpuan yang lebih banyak kepada operasi berskala kecil yang membenarkan akses mudah kepada syarikat-syarikat awalan dalam kalangan golongan Bumiputera, tidak seperti kebanyakan negara lain yang memberikan keutamaan kepada golongan minoriti di negara masing-masing.
"Sebagai contoh, amalan penipuan dalam bentuk pemilikan bermanfaat atau pengaruh politik dalam pemberian kontrak telah menghalang persaingan antara para kontraktor untuk memenangi tender secara adil.
"Kajian ini telah mengesahkan keperluan perubahan struktur dari segi ketelusan serta penekanan terhadap peningkatan kemahiran dan profesionalisasi untuk mengangkat dan meningkatkan prestasi kontraktor-kontraktor Bumiputera.
"Kami berharap bahawa hasil kajian ini dapat membantu kerajaan kerana kajian ini mempertimbangkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi ekonomi Bumiputera dengan lebih efektif, sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang diumumkan baru-baru ini," demikian memetiknya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Dalam masa yang sama, kenyataan itu menambah laporan tersebut menyediakan gambaran umum dan perkembangan dasar-dasar pro-Bumiputera dalam perolehan awam melalui pembentangan hasil kajian dan implikasi projek penyelidikan yang dilakukan dari April hingga Ogos 2021.
Kajian tersebut bertujuan untuk meninjau dan menilai pengagihan serta ciri-ciri kontraktor Bumiputera bagi mengkaji kesan perolehan awam terhadap pembangunan syarikat Bumiputera.
Berdasarkan tinjauan data dan temu bual yang luas, IDEAS turut mendapati kepadatan kontraktor Bumiputera yang konsisten pada gred G1, yang merupakan gred terendah daripada tujuh gred yang lain serta kadar pendaftaran kontraktor G1 yang lebih tinggi di negeri-negeri berpendapatan rendah dan di kawasan luar bandar.
"Bilangan kontraktor Bumiputera G1 bertambah banyak apabila pendaftaran dibuka semula setelah dibekukan selama 14 tahun. Sehingga akhir bulan Ogos 2021, terdapat 66,906 kontraktor Bumiputera yang berdaftar bersama Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan G1 menyumbang 63.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kontraktor Bumiputera," kata IDEAS.
Jelas IDEAS, peningkatan gred daripada G1 bukan satu-satunya halatuju bagi pertumbuhan syarikat.
Katanya, kajian menunjukkan bahawa dalam kalangan G1, syarikat yang mempunyai bidang pengkhususan yang lebih luas mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memenangi kontrak dengan lebih kerap.
Sesetengah syarikat juga didapati menggunakan kaedah penyertaan perolehan, di mana mereka mendaftar bidang pengkhususan yang terperinci.
Namun kaedah tersebut mendatangkan peluang yang lebih tipis dengan ganjaran kewangan yang lebih memuaskan bagi setiap kontrak, tambah IDEAS.
"Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kekurangan dari segi pelaksanaan dasar-dasar perolehan awam yang sedia ada.
"Antaranya adalah amalan penipuan terutamanya pendaftaran syarikat proksi di bawah satu pemilik bermanfaat dalam aktiviti cabut undi atau sebut harga kontrak serta cabaran dalam mengesan dan mendakwa amalan penipuan akibat pihak berkuasa yang tidak diberi sumber yang mencukupi," jelas IDEAS.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021
Kajian tersebut bertujuan untuk meninjau dan menilai pengagihan serta ciri-ciri kontraktor Bumiputera bagi mengkaji kesan perolehan awam terhadap pembangunan syarikat Bumiputera.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
[TERKINI] PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.
Na’imah Mohon Rujuk Undang-Undang Kes Isytihar Harta
Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk keputusan sama ada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, boleh merujuk isu perundangan pertuduhannya ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM terima warikah pelantikan
Seramai tujuh ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima watikah lantikan hari ini.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Januari.
Hak kanak-kanak pelarian, pencari suaka dapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan perlu dilindungi
Hak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah antara dua hak asasi kanak-kanak.
COVID-19: Sistem pendidikan perlu lebih bersedia untuk krisis di masa hadapan - IDEAS
Pelan tindakan krisis perlu diformulasikan supaya sistem pendidikan lebih bersedia sekiranya ada lagi kecemasan atau krisis di masa hadapan.
Edarkan peranti elektronik kepada pelajar, tingkatkan PnP melalui televisyen - IDEAS
Lanjutan PKP akan mengakibatkan penutupan sekolah lebih lama, dan memberi impak besar kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
COVID-19: Tingkatkan akses pendidikan kepada pelajar miskin, orang Asli dan pelajar OKU - IDEAS
Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
#MalaysiaMemilih: Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia
Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien.
Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat - Wan Saiful
Kepercayaan rakyat terhadap badan-badan ini semakin menghakis kerana mereka berasakan ada campur tangan unsur-unsur politik dalam badan ini.
Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?
Tindakan menubuhkan parti baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
Pakatan baharu perlu dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak bersifat 'ad hoc' atau ia akan terkubur seperti Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Cadangan Azmin sebagai MB oleh PAS tindakan yang betul - Wan Saiful IDEAS
Katanya Azmin merupakan calon yang lebih sesuai kerana jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan akan timbul.
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEAS
Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi ADUN Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.