KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026, demikian menurut laporan APEC Regional Trends Analysis.
Menurut laporan tersebut, unjuran pertumbuhan ekonomi yang menyederhana itu mencerminkan keadaan yang tidak menentu akibat daripada perlindungan perdagangan, tekanan inflasi yang berterusan dan ketegangan geopolitik.
"Para pelabur melindung nilai terhadap peningkatan ketidaktentuan global dengan mendapatkan lebih banyak emas, seperti yang dicerminkan menerusi lonjakan harga sebanyak 17 peratus, daripada kira-kira AS$2,050 setiap auns troy pada Januari 2024 kepada kira-kira AS$2,400 setiap auns troy pada April 2024," katanya.
Menurut laporan itu, paras hutang yang tinggi terus membimbangkan dengan nisbah hutang kasar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kerajaan-kerajaan melonjak semasa pandemik dan kekal tinggi sehingga selepas pandemik.
Gabungan pelbagai faktor, termasuk inisiatif rangsangan yang meluas dan sokongan fiskal yang berterusan di tengah-tengah cabaran ekonomi, telah menyumbang kepada peningkatan tahap hutang.
Di rantau APEC, nisbah itu meningkat dengan ketara kepada 104.5 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada paras bawah 100 peratus sebelum pandemik.
Justeru, hutang awam APEC dijangka boleh meningkat sehingga 110 peratus daripada KDNK dalam tempoh terdekat berikutan gabungan impak selepas pandemik dan pakej sokongan fiskal yang bertujuan membantu kumpulan rentan.
"Ketidakpastian yang berterusan menjadikannya lebih mencabar bagi ekonomi untuk mengimbangi sepenuhnya hutang yang ditanggung semasa krisis kesihatan dan ekonomi itu dan kembali ke kepada keadaan seperti sebelum pandemik.
"Di sebalik cabaran ini, wujud potensi peningkatan yang besar didorong oleh pemulihan semula penggunaan, peningkatan pelaburan, aktiviti pelancongan yang rancak semula dan jangkaan lantunan semula perdagangan.
"Faktor-faktor ini boleh membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini," katanya.
Sementara itu, inflasi di negara-negara APEC dijangka berkurangan secara beransur-ansur dalam jangka pendek, kepada 2.9 peratus pada 2024, diikuti penurunan seterusnya kepada 2.5 peratus pada 2025 dan 2.4 peratus menjelang 2026.
Selain itu, laporan tersebut menyatakan prospek perdagangan di rantau APEC dalam tempoh terdekat ini adalah cerah.
"Unjuran menggambarkan pemulihan yang teguh pada 2024, dengan anggaran pertumbuhan menjangkau daripada 0.6 peratus hingga 12.6 peratus di seluruh ekonomi APEC.
"Purata serantau dianggarkan mencecah 4.0 peratus, lebih tinggi daripada unjuran perdagangan global. Trend yang menggalakkan ini dijangka berterusan pada 2025, disokong oleh rantaian bekalan yang berdaya tahan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Laporan tersebut menyatakan prospek perdagangan di rantau APEC dalam tempoh terdekat ini adalah cerah. - Foto Facebook/APECnews
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.