Penggunaan kad debit kini semakin pesat berkembang berbanding kad kredit, satu trend yang dijangkakan akan berterusan untuk tempoh beberapa tahun akan datang, kata firma penyelidikan dan perundingan strategik, RBR.
Dalam satu kenyataan, RBR berkata kajian menunjukkan rantau Asia Barat dan Afrika (MEA) dan Asia Pasifik merupakan rantau paling pesat berkembang dalam bilangan kad pembayaran pada 2015, dengan jumlah kad masing-masing meningkat 13 dan 10 peratus.
Kajian bertajuk 'Data Kad Pembayaran dan Unjuran Global 2021', juga menunjukkan asas kepada pertumbuhan dua angka itu disumbangkan oleh tindakan kewangan terangkum, seperti pendigitalan gaji dan pembayaran manfaat kerajaan, yang menyumbang kepada keputusan yang positif.
RBR mengunjurkan jumlah kad di seluruh dunia akan meningkat 28 peratus, daripada 13 bilion pada akhir 2015 kepada 17 bilion pada akhir 2021.
Berdasarkan kadar unjuran pertumbuhan masing-masing sebanyak 49 peratus dan 35 peratus dalam tempoh itu, MEA dan Asia Pasifik akan terus menajdi rantau yang paling pesar berkembang.
Ia berkata menjelang 2021, kad debit diunjurkan mewakili 72 peratus daripada semua kad pembayaran berbanding 68 peratus pada 2014.
Penggunaan kad kredit di seluruh dunia meningkat dua peratus pada 2015, namun penguasaan kad kredit merosot satu mata peratus kepada 22 peratus dan angka itu dijangkakan terus merosot kepada 19 peratus menjelang 2021.
RBR diperakui sebagai penyedia utama global dalam perkhidmatan perundingan dan penyelidikan strategik kepada organisasi aktif dalam bidang automasi perbankan dan peruncitan, kad dan pembayaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2016
Menurut RBR, menjelang 2021, kad debit diunjurkan mewakili 72 peratus daripada semua kad pembayaran berbanding 68 peratus pada 2014. - Foto sumber pexels.com
Iran dedah dron baharu diberi nama 'Gaza'
Iran mendedahkan dron terbesar pernah dihasilkan, yang dinamakan ‘Gaza’ sebagai penghormatan kepada wilayah Palestin itu yang musnah akibat peperangan selama 15 bulan.
Koridor Netrazim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Penduduk Gaza yang dipindahkan memutuskan untuk bermalam berhampiran Wadi Gaza pada Ahad bagi menunggu pembukaan koridor Netzarim untuk kembali ke bahagian utara Semenanjung Gaza.
Netanyahu ucap terima kasih kepada Trump
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan kerana Amerika Syarikat memberi Israel kelengkapan yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Ucapan itu disampaikan kerana Amerika Syarikat memberi Israel kelengkapan yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.
Sinner muncul juara perseorangan lelaki Terbuka Australia
Pemain Itali, Jannik Sinner merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad.
Elton John beri amaran perancangan AI ancam pendapatan artis, sokong McCartney
Penggunaan bahan dengan hak cipta untuk melatih model kecerdasan buatan kini menjadi subjek perundingan Kerajaan UK.
Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan
Pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut
Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar.
Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi
Suruhanjaya itu akan melancarkan langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi menangani isu birokrasi.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan
Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan pendekatan kepada dasar monetari kekal dipacu berasaskan data dan berpandangan ke hadapan.
Pendekatan Trump mungkin ambil masa setahun tunjuk hasil - Penganalisis
Pentadbiran Trump menghantar dua isyarat segera: 'Amerika kembali berurusan seperti biasa' dan 'Amerika serius dalam berurusan.'
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.