KUALA LUMPUR: MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus berdasarkan keyakinan terhadap peningkatan ekonomi domestik yang rancak.
Pakar ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim berkata, ia juga mengambil kira prestasi perdagangan yang dilihat masih memberangsangkan.
“Kalau kita lihat prestasi enam bulan pertama tahun ini dari segi eksport dan import negara adalah lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan sebelum ini.
“Contohnya, peningkatan eksport pada separuh tahun pertama ialah sebanyak 26.8 peratus dan ini disokong oleh permintaan barangan ataupun komponen elektronik yang juga merupakan eksport utama negara.” katanya.
Mui’zz berkata, peningkatan eksport juga disokong oleh permintaan yang lebih tinggi serta kenaikan harga komoditi khususnya bagi petroleum dan eksport minyak sawit.
Selain itu, import menunjukkan peningkatan yang tinggi dengan lonjakkan sebanyak 30.9 peratus berbanding tempoh Januari hingga Jun tahun lalu.
Negara masih mencatatkan hasil lebihan terutama dalam perdagangan barangan.
BACA: MIDF kekal unjuran 16.9 peratus, 19.2 peratus untuk eksport, import tahun ini
“Kita boleh menjangkakan kedudukan dagangan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara tahun ini selain daripada menjangkakan sokongan daripada peningkatan perbelanjaan domestik berikutan pembukaan semula ekonomi,” katanya dalam temu bual menerusi program Niaga AWANI hari ini.
Berdasarkan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia, jumlah dagangan Malaysia meningkat 43.4 peratus pada Jun 2022 kepada jumlah tinggi baharu iaitu RM270.4 juta.
Shaznina Rozman
Fri Jul 22 2022

Import menunjukkan peningkatan yang tinggi dengan lonjakkan sebanyak 30.9 peratus berbanding tempoh Januari hingga Jun tahun lalu. - Bernama

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

MIDF Research unjur pertumbuhan ekonomi Sabah kukuh
Sektor pertanian dan perlombongan dijangka meningkat kukuh, dipacu oleh pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.

Penganalisis unjur KDNK berkembang antara 5 - 6 peratus tahun ini
Di sebalik kenaikan inflasi, data perbelanjaan domestik menunjukkan ia berkembang dengan pantas.

Pertumbuhan perdagangan Malaysia naik lebih tinggi daripada jangkaan
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 43.4 peratus pada Jun 2022 kepada jumlah tinggi baharu iaitu RM270.4 juta.

E-dagang kekal prestasi selepas pembukaan sektor ekonomi negara
Pembukaan semula ekonomi Malaysia tidak menjejaskan prestasi e-dagang di Malaysia malah memperlihatkan trend yang sihat.

OPR naik: Tidak beri kesan negatif kepada pelanggan individu, koperasi CBP
Kenaikan OPR dijangka tidak akan memberi kesan negatif ke atas pelanggan individu dan koperasi di bawah Coop Bank Pertama (CBP).

MIDF Research kekalkan unjuran pertumbuhan IPP pada 4.3 peratus bagi 2022
Pertumbuhan IPP yang sederhana kepada 3.9 peratus tahun ke tahun pada Februari 2022 adalah dalam jangkaan.

Kenaikan harga makanan boleh jejas pertumbuhan ekonomi Malaysia - Bank Dunia
Ahli Ekonomi Negara Kanan Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin berkata, keadaan ini agak bercampur-aduk apabila ia berkaitan dengan harga bahan api.

Keputusan BNM kekalkan OPR adalah penilaian neutral kepada positif, kata ahli ekonomi
Keadaan ekonomi dijangka selesa berikutan pembukaan semula ekonomi yang terus berlaku dan pelaksanaan vaksinasi yang berkesan.

Kelonggaran, pembukaan semula sektor ekonomi berjalan lancar - Hishammuddin
Situasi itu selari dengan matlamat kerajaan untuk buka semula dengan berhati-hati, secara berperingkat dan selamat.

CGS-CIMB jangka penggunaan kad kredit kembali pulih, kekal saranan 'overweight' ke atas bank
Ini sekali gus akan menjadi antara pemacu bagi pertumbuhan pendapatan bank pada tahun kewangan 2022.