KUALA LUMPUR: Perubahan iklim telah mewujudkan cabaran operasi dan strategik kepada bank-bank di seluruh dunia berikutan kerajaan menuju ke arah model ekonomi rendah karbon, menurut Moody's Investors Service.
Naib Presiden - Pegawai Kredit Kanan Alberto Postigo berkata persekitaran teknologi, politik dan pengawalseliaan untuk bank berubah dengan pesat akibat perubahan iklim, menambah kepada cabaran industri yang lain seperti daripada inovasi digital.
"Walaupun bank-bank dapat menjangka ancaman ini dan menanganinya melalui pengurusan risiko pemikiran ke hadapan dan tindakan strategik, pemberi pinjaman yang lambat untuk menyesuaikan diri akan menghadapi lebih banyak tekanan ke atas kekuatan kredit mereka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut laporan Moody's, "Banking - Global: Climate Change To Force Further Business Model Transformation For Banks", yang dikeluarkan pada Selasa, peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.
"Ini akan meletakkan industri di bawah tekanan untuk menyepadukan pertimbangan risiko iklim dalam keputusan strategik, proses perniagaan, tadbir urus dan rangka kerja pengurusan risiko," katanya.
Laporan itu menunjukkan perubahan iklim akan turut menjejaskan kewangan peminjam, seterusnya mewujudkan risiko kredit kepada bank.
"Risiko kredit akan menjadi lebih besar untuk bank yang gagal menyesuaikan, atau dalam senario yang memerlukan penyesuaian yang lebih cepat," katanya.
Dari segi risiko dan kos baharu berikutan perubahan iklim, agensi penarafan kredit itu berkata bank-bank perlu melabur dalam membina kepakaran iklim berikutan penggubal dasar cuba untuk melaksanakan dasar alam sekitar yang baharu melalui perubahan kepada peraturan perbankan.
"Pengawal selia dijangka akan mengimbangi matlamat dasar iklim dengan keperluan membenarkan bank-bank menyesuaikan secara berperingkat, mengelak gangguan pasaran kewangan," katanya.
Menurut laporan itu, pengembangan portfolio aset rendah karbon bank yang pesat akan meningkatkan pendedahan mereka kepada aset yang daya maju ekonominya tidak terbukti, dan mereka juga akan menghadapi kerosakan reputasi jika mereka dianggap sebagai gagal untuk respons kepada perubahan iklim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

Laporan daripada Moody's juga menunjukkan perubahan iklim boleh menjejaskan kewangan peminjam, seterusnya mewujudkan risiko kredit kepada bank. - Gambar fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Trump 2.0, tekanan geoekonomi, perubahan iklim antara cabaran ketika Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia
Negara anggota perlu merangka trajektori ekonomi ASEAN di samping mengemudi perjalanan dengan berhati-hati.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Setiausaha Agung ASEAN yakin kepemimpinan Malaysia sebagai pengerusi buat keli kelima
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menyatakan keyakinannya terhadap kepemimpinan Malaysia dalam blok serantau itu pada 2025.

Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.

Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.