KUALA LUMPUR:Perubahan politik di Malaysia tidak memberi impak terhadap perdagangan dua hala berikutan negara ini mempunyai dasar konsisten yang mesra perniagaan dan pelaburan.
Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Nor Hasnah Badroddin berkata ini berbeza kerana lazimnya perubahan politik boleh memberi kesan ketara terhadap dasar perdagangan dan ekonomi selain turut mempengaruhi senario perniagaan.
"Malaysia merupakan sebuah negara dagangan yang mana perdagangan antarabangsa ini berperanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
"Oleh itu, sejak lebih dua setengah tahun ini, kita telah menyaksikan perubahan kerajaan namun dasar-dasar kita kekal sama iaitu mesra perniagaan selain terus mewujudkan ekosistem bagi memupuk perniagaan yang mampan," katanya.
Beliau berkata demikian pada program dialog awam Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan (MALPAK) secara maya, semalam.
Mengulas selanjutnya, Nor Hasnah berkata Malaysia juga telah melaksanakan strategi seperti pertumbuhan dan pembangunan negara, meningkatkan pertumbuhan eksport, memastikan ekonomi kekal terbuka, mengembangkan perjanjian perdagangan serta meningkatkan pelaburan dalam pembangunan modal insan.
"Strategi sedemikian akan membolehkan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang produktif, inovatif serta berdaya saing terutamanya bagi tujuan perdagangan dua hala," katanya.
Sementara itu, Pengerusi MALPAK Datuk Seri Mohamed Nazir Meraslam berkata pihaknya optimis terhadap pertumbuhan perdagangan dan pelaburan dua hala membabitkan Malaysia dan Pakistan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurutnya, MALPAK juga telah meminta supaya kedua-dua kerajaan meningkatkan kesedaran mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Erat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) menerusi penganjuran program seperti bengkel.
Pada masa sama, semakan MPCEPA dari semasa ke semasa juga wajar selain turut dijadikan sebagai platform untuk melaksanakan langkah praktikal bagi mempermudah dan mengembangkan perniagaan, perdagangan dan pelaburan dua hala.
"MALPAK juga telah meminta supaya wakil Pakistan mewujudkan lebih banyak kesedaran mengenai peluang dan insentif di bawah Koridor Ekonomi China-Pakistan," katanya.
Majlis perniagaan itu telah dimanfaatkan dari segi meneroka dan menceburi lebih banyak peluang perniagaan antara kedua-dua negara serta turut berhubung rapat dengan agensi-agensi kerajaan di Malaysia dan Pakistan bagi kemudahan peluang perdagangan dan pelaburan.
Bagi kemajuan masa depan, Mohamed Nazir berkata MALPAK akan terus meningkatkan inisiatif pada 2020 dan berhasrat membawa satu delegasi perdagangan Malaysia ke Pakistan pada suku pertama 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
Menurut MITI, strategi yang dilaksanakan membolehkan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang produktif, inovatif serta berdaya saing terutamanya bagi tujuan perdagangan dua hala. - Gambar hiasan
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Perpecahan dalaman boleh lemahkan PBB - Uggah
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu undang kekalahan Trump - Diaspora Malaysia
Persepsi buruk calon Presiden AS dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden, Selasa ini.
AS Memilih: Sokongan pempengaruh dan selebriti popular main peranan besar
Sokongan daripada golongan selebriti dan pempengaruh media sosial memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengundi khususnya golongan muda membuat keputusan dalam memilih Presiden Amerika Syarikat.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Tak salah berunding untuk tubuh kerajaan - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.
PRK Mahkota: Pengundian tamat, penjumlahan undi bermula
Berdasarkan data SPR seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas.