Peruntukan lebih kecil untuk pembangunan industri halal negara dalam Belanjawan 2019 berikutan kedudukan kewangan semasa negara yang terhad tidak akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengembangkan sektor berkenaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata inisiatif untuk mengembangkan industri halal akan ditingkatkan dengan kerjasama daripada negeri-negeri yang memberi penekanan kepada industri halal seperti Selangor dan Pulau Pinang.
"Dengan kerjasama daripada negeri yang telah memulakan usaha ini secara besar-besaran, kita lihat bagaimana kita boleh move the value chain dan bina ekosistem lebih bersepadu bukan sahaja dari segi produk, tetapi daripada sumber untuk membangunkan produk itu juga harus memenuhi istilah dan definisi halal agar ia benar-benar menjadi produk yang halal dan bersih.
"Ini kerana pasaran halal begitu besar bukan sahaja di negara Islam tetapi negara bukan Islam telah menerima produk halal sebagai produk penting untuk diperdagangkan," katanya semasa sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) mengenai kesungguhan kerajaan dalam mengembangkan industri halal negara memandangkan peruntukkannya diturunkan daripada RM1 bilion kepada RM100 juta dalam Belanjawan 2019.
Ketika menjawab soalan asal Reezal Merican berhubung komitmen kerajaan untuk melaksanakan semua resolusi yang dicadangkan sewaktu Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018, Mohamed Azmin berkata sebanyak 63 resolusi merangkumi empat bidang fokus dihasilkan pada kongres yang diadakan 1 Sept lepas.
Jelasnya, sebahagian daripada cadangan resolusi kongres itu telah diambil kira dalam hala tuju, strategi dan inisiatif Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMK11).
Beliau berkata pelaksanaan resolusi akan dijajarkan dengan pelan pelaksanaan dasar KSP RMK11 dengan mengenal pasti kementerian atau agensi untuk menerajui strategi dan inisiatif dengan 'milestone' tertentu bagi memastikan pelaksanaan setiap resolusi berkenaan.
"Kerajaan komited untuk memastikan agenda bumiputera agar terus kekal sebagai agenda nasional.
"Dalam hal ini, Tonggak Dua dalam dokumen KSP RMK11 telah memberi penekanan khusus kepada strategi memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB), termasuk inisiatif memperkukuh keberkesanan institusi dan program, memperkasa pendidikan dan modal insan, meningkat kawalan efektif dan kemampanan dalam pemilikan ekuiti korporat, meningkatkan pemilikan kekayaan serta membina KEB yang berdaya tahan dan mampan," katanya.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) berhubung langkah kerajaan dalam menghapuskan amalan 'ali baba', Mohamad Azmin berkata beliau yakin budaya lama itu tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan kontraktor bumiputera.
"Kontraktor bumiputera hari ini bersedia untuk bersaing berdasarkan merit, kemahiran dan kepakaran masing-masing, saya lihat kita ada masa hadapan yang cerah kerana orang Melayu dan bumiputera hari ini sudah cukup bersedia bersaing dalam pasaran terbuka dan memberi penyampaian terbaik untuk meningkatkan produktiviti negara," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 21 2018

Kerajaan ditanya berhubung kesungguhan dalam mengembangkan industri halal negara memandangkan peruntukkannya diturunkan daripada RM1 bilion kepada RM100 juta dalam Belanjawan 2019. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.

Undang-undang anti-Ali Baba akan diperkenal - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan undang-undang anti-Ali Baba sebagai langkah pengharaman budaya itu dalam sektor ekonomi negara.

Kerajaan rangka Dasar 'Anti-Ali Baba' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang dalam tindakan merangka Dasar Anti-Ali Baba (rent-seeking) dan mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

PBT diminta pantau peniaga miliki lebih satu lesen perniagaan di Selangor
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta memantau peniaga yang mempunyai lebih daripada satu lesen perniagaan bagi mengelakkan isu 'Ali Baba', iaitu lesen yang diberi digunakan pihak lain.

"Jangan berlakon, saya tahu mana Ali Baba" - Salahuddin bidas pengusaha jual lesen bot nelayan
Penerima lesen bot nelayan laut dalam dan pantai diingatkan agar tidak menjual nikmat yang diberikan oleh kerajaan kepada orang lain.

Graduan perlu ambil peluang guna platform e-dagang
Kapasiti teknologi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan yang telah disediakan oleh syarikat seperti Ali Baba perlu dimanfaatkan.

Ahli perniagaan Malaysia mati ditembak: Siasat segera - Adik
Adik kepada ahli perniagaan Malaysia yang ditembak berpuluh-puluh kali sehingga mati di Hatyai Jumaat lalu mahu Polis Thailand kemuka bukti berhubung dakwaan abangnya dibunuh kerana berhutang.

Ahli perniagaan Malaysia dibunuh kerana hutang RM4.11 juta - Polis Thai
Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia Lee Ah Han di Hatyai semalam adalah kerana perselisihan perniagaan melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta).
Jangan Ali-Babakan projek kerajaan
Kontraktor Bumiputera diingatkan supaya tida 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diberikan kepada mereka kerana ia hanya akan merugikan diri sendiri.