KUALA LUMPUR: Emirates Airline (Emirates) yang berpangkalan di Dubai akan meyambung semula operasi pesawat A380 untuk laluan Kuala Lumpur-Dubai mulai 1 Disember, 2022 untuk memenuhi peningkatan permintaan.
Syarikat penerbangan itu pada masa ini menggunakan pesawat Boeing 777, sebanyak 11 kali seminggu antara dua bandar itu di mana penumpang boleh menyambung melakukan perjalanan udara ke lebih 130 destinasi di enam benua.
Perkhidmatan A380 Emirates ke Kuala Lumpur, EK 346 akan berlepas dari Dubai pada 0330 pagi, mendarat pada 2.35 petang. EK 343 pula akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 1.45 pagi dan tiba di Dubai pada 5.05 pagi manakala penerbangan Emirates EK342/345 akan terus beroperasi dengan pesawat Boeing 777.
Pengurus Negara Emirates untuk Malaysia Mohammad Al Attar berkata terdapat permintaan terpendam untuk laluan tersebut.
"Ini juga peluang untuk Emirates memainkan peranan kami dalam memberikan nafas baharu kepada sektor pelancongan dan pelancongan di Malaysia, Dubai dan lain-lain berikutan cabaran dua tahun lalu (semasa pandemik)," katanya.
Awal tahun ini, syarikat itu menandatangani memorandum kerjasama dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia untuk membangunkan kemasukan trafik ke Malaysia daripada pasaran strategik utama syarikat penerbangan itu seterusnya membantu meningkatkan industri pelancongan dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022

Syarikat penerbangan itu pada masa ini menggunakan pesawat Boeing 777, sebanyak 11 kali seminggu antara dua bandar itu. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Emirates umum bonus 6 bulan kepada kakitangan - Laporan
Pengerusi Kumpulan Emirates nasihat kakitangannya agar bijak menguruskan bonus berkenaan mengikut kehendak mereka.

Pesawat A380 Emirates kembali beroperasi untuk laluan KL-Dubai mulai Disember
Emirates Airline (Emirates) yang berpangkalan di Dubai akan meyambung semula operasi pesawat A380 untuk laluan Kuala Lumpur-Dubai mulai 1 Disember, 2022 untuk memenuhi peningkatan permintaan.

Emirates Airlines umum kerugian AS$5.5 bilion
Syarikat penerbangan Emirates Airlines mengumumkan kerugian bersih AS$5.5 bilion sepanjang tahun 2020.

Emirates sambung semula penerbangan dari Kuala Lumpur
Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE.

Emirates jalankan ujian darah terhadap penumpang sebelum naiki pesawat
Emirates mendakwa mereka merupakan syarikat penerbangan pertama di dunia yang melakukan ujian sedemikian.

Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah
Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.

Henrikh Mkhitaryan cedera, rehat enam minggu
Pemain kebangsaan Armenia itu telah digantikan pada rehat separuh masa ketika Arsenal tewas 2-0 dalam saingan suku akhir Piala Liga kepada Tottenham Hotspur di Emirates, 19 Dis lalu.

Aubameyang pamer aksi cemerlang bantu Arsenal
Pelawat dari Ukraine itu tampak sebuah pasukan yang liat untuk dijinakkan tetapi segalanya berubah selepas Aubameyang menyumbat gol pertama pada minit ke-32.

Penerbangan Emirates: 10 penumpang, krew dimasukkan ke hospital
Eric Phillips berkata sembilan lagi penumpang yang mengalami gejala sama iaitu batuk, sakit kepala, sakit tekak dan demam enggan mendapatkan rawatan kesihatan.