AKTIVITI penstriman langsung “Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021” selama tiga jam pada malam 6 November lalu berjaya menarik penonton lebih 42 juta orang.
Setakat ini sahaja, jumlah barangan dalam transaksi mencecah 399,579 buah, manakala nilai jualan keseluruhan pula mencatat RMB61.68 juta (RM40 juta).
Yang menarik adalah kira-kira 20,000 kotak kopi hitam dari Malaysia, iaitu CEPHEI habis dijual dalam masa 10 minit sahaja, dengan jualan sebanyak RMB2 juta (RM1.3 juta).
Yang lagi hebat lagi, kacang pinus dari Afghanistan yang merupakan antara produk paling disukai pengguna China, ibarat pisang goreng panas apabila ia merekodkan jualan sebanyak 26 tan dalam masa dua jam sahaja!
Ini antara 45 tan kacang pinus sebagai kumpulan pertama daripada Afghanistan pada tahun 2021 telah dibawa masuk ke China pada 1 November sejak situasi politik negara itu mengalami perubahan pada Ogos lalu.
Contoh-contoh tersebut adalah jawapan kepada pihak yang menyindir bahawa “dasar sifar kes COVID-19 di China telah mengasingkan negara itu dengan dunia sekali gus akan menjejaskan ekonominya”.
BACA: Pesta Beli-belah Asia-Afrika 2021 semasa CIIE
Hos untuk “Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021” kali ini namanya Li Jiaqi, penjual secara penstriman langsung tersohor di China.
Rekod jualan tertinggi yang diciptanya adalah lebih RMB10 bilion (RM6.5 bilion) melalui penstriman semalam pada 1 November lalu.
Kali ini, beliau bekerjasama dengan Kumpulan Media China (CMG) untuk mempromosikan produk dari Asia dan Afrika sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4, secara tidak langsung telah memperlihatkan begitu dinamik ekonomi China dan rapatnya hubungan perdagangan dengan luar.
Satria masih ingat ketika China mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun ketiga tahun ini mencatat 4.9 peratus yang lebih rendah berbanding jangkaan, beberapa media Barat begitu gembira dan mengada-adakan berita “hancuran ekonomi China”.
Tapi bila sebut tentang situasi ekonomi negara sendiri yang jauh lebih rendah, mereka berpura-pura membisu.
Sebenarnya, pertumbuhan KDNK China yang mencatat 4.9 peratus nampaknya menurun secara mendadak berbanding 18.3 peratus pada suku tahun pertama.
Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa suku tahun pertama tahun 2020 ialah waktu China dilanda wabak COVID-19, bila ekonomi negara ini terjejas secara serius.
Ini menjadikan faktor utama yang membawa kepada kadar pertumbuhan ekonomi pada suku tahun pertama tahun ini begitu tinggi.
Bagaimanapun, dengan tindak balas yang pantas dan kawalan wabak yang berkesan, ekonomi China telah memulih pada suku tahun ketiga tahun 2020.
Manakala pada beberapa bulan yang lalu, krisis rantaian bekalan dan tenaga global turut membawa impak kepada China. Itulah sebabnya ekonomi China memperlihatkan pertumbuhan lumayan berbanding masa yang sama tahun lalu.
Yang jelas adalah ekonomi China kekal beroperasi secara sihat.
Sejak 1990-an, nada “kehancuran ekonomi China” tampaknya seperti tiada tanda nokhtah yang sering kedengaran dari pelbagai “pakar” dan media Barat.
Bagaimanapun, dengan diiringi nada tersebut, China berkembang menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia sekali gus mewujudkan pembasmian kemiskinan yang melibatkan 1/5 populasi di dunia.
Dua puluh tahun dahulu, ekonomi China masih di belakang Itali. Namun sekarang ini, kuantiti ekonomi China telah melebihi jumlah keseluruhan bagi 27 negara anggota Kesatuan Eropah (EU).
Jalan pembangunan China ambil tak pernah ditempuh oleh apa jua negara pun.
Bagaimanapun, kerajaan China mampu membuat rumusan dan mengambil iktibar daripada sejarah dan pengalamannya, di samping mengubahsuai dasar pentadbiran mengikut perkembangan semasa demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Satria Zhang
Thu Nov 11 2021

Juruacara dari Jabatan Bahasa Pashtu CMG, Chen Zhong (kiri) mempromosikan kacang pinus import dari Afghanistan dalam Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021 sempena CIIE ke-4.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pesta Barangan Bagus Asia dan Afrika 2021 cermin ekonomi China berdinamik
Ekonomi China kekal beroperasi secara sihat di sebalik pandangan skeptikal segelintir pihak.