KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjual keseluruhan 15.5% kepentingannya dalam projek gas asli Shah Deniz di sektor Azerbaijan di Laut Kaspia kepada syarikat minyak dan gas Rusia LUKOIL dengan harga AS$ 2.25 bilion.
LUKOIL dalam satu kenyataan semalam berkata, penyelesaian transaksi itu bergantung pada penentuan syarat-syarat sebelumnya, termasuk persetujuan oleh SOCAR, Syarikat Minyak Negara Azerbaijan.
Menurut laporan Theedgemarkets, setelah selesai penjualan, ekuiti LUKOIL dalam projek tersebut akan meningkat dari 10% kepada 25.5%. Pihak lain dalam projek ini adalah BP (operator, 28.8%), TPAO (19%), SOCAR (10%), NICO (10%), dan SGC (6.7%).
Menurut laporan berita, Petronas pada tahun 2014 membeli 15.5% kepentingan dalam projek gas asli Shah Deniz dari Statoil yang berpusat di Norway, yang kini dikenali sebagai Equinor ASA, dengan harga AS$ 2.25 bilion.
Presiden LUKOIL, Vagit Alekperov berkata, peningkatan kepentingan LUKOIL dalam projek Shah Deniz mewujudkan peluang baharu untuk bersinergi dalam sektor ekonomi yang berorientasikan masa depan dari Rusia dan Azerbaijan.
"Kira-kira ribuan (dari) perniagaan Rusia, termasuk LUKOIL, terlibat dalam pelaksanaan Rancangan Tindakan untuk Pembangunan Vektor Utama Kerjasama antara Rusia dan Azerbaijan, yang ditandatangani pada 2018 dalam pertemuan dua pemimpin itu," katanya.
Medan gas Shah Deniz terletak di sektor Azerbaijan di Laut Kaspia, kira-kira 70 kilometer ke tenggara ibu kota Azerbaijan Baku, menurut kenyataan LUKOIL.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 08 2021

Medan gas Shah Deniz terletak di sektor Azerbaijan di Laut Kaspia, kira-kira 70 kilometer ke tenggara ibu kota Azerbaijan Baku, menurut kenyataan LUKOIL. - Gambar hiasan

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

Sabah seru syarikat OGSE rebut peluang Petronas dalam dua tahun akan datang
Kerajaan Sabah menyeru syarikat-syarikat perkhidmatan minyak dan gas (OGSE) di negeri ini untuk merebut peluang dalam sektor yang disediakan oleh Petronas dalam dua tahun akan datang.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.