KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mencapai persetujuan untuk menjual keseluruhan kepentingan 74 peratus dalam Engen Ltd kepada Vivo Energy, salah satu pengendali runcit bahan api Afrika terbesar dan sebahagian daripada syarikat tenaga multinasional Vitol.
"Selama hampir tiga dekad, Engen telah menjadi bahagian penting dalam portfolio perniagaan kumpulan.
"Pengiktirafan ke atas sejarah syarikat yang panjang serta cemerlang selama 140 tahun, kekuatan dan keupayaan Engen telah terus berkembang sebagai peneraju pasaran yang mampu meraih anugerah serta menjadi peneraju yang berfokuskan pelanggan di Afrika Selatan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dalam satu kenyataan.
Keputusan Petronas untuk berundur serta membentuk semula portfolionya telah didorong oleh keutamaan perniagaan yang berkembang, namun, kumpulan itu menghargai potensi Engen dan mengakui bahawa ini adalah langkah yang perlu ke hadapan bagi mempercepatkan lagi pertumbuhannya.
Tengku Muhammad Taufik berkata dengan asas yang kukuh, Petronas percaya Vivo Energy bukan sahaja akan mengekalkan operasi yang mantap bagi Engen tetapi akan membantu mengemudi syarikat itu melalui fasa pertumbuhan seterusnya.
"Adalah tidak wajar jika Petronas untuk tidak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan Engen kami yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sehingga membolehkan kami mencapai banyak kejayaan secara bersama, jadi kami berharap untuk melihat mereka maju dalam fasa pertumbuhan seterusnya," katanya.
Berdasarkan kenyataan itu, Petronas pertama kali memperoleh saham Engen pada 1996 dan menjadi pemegang saham majoriti menjelang 1998.
Engen terlibat dalam pemasaran petroleum, pelincir serta cecair khusus, bahan kimia dan perkhidmatan kemudahan peruncitan.
Syarikat itu kini mengendalikan jejak runcit terbesar dengan kira-kira 1,300 stesen servis di tujuh negara di sub-Sahara Afrika dan Kepulauan Lautan Hindi.
Phembani Group, rakan kongsi lama Petronas di Afrika dan pemegang saham "Broad Based Black Economic Empowerment (B-BBEE)", Engen akan kekal sebagai pemegang saham dalam Engen bersama Vivo Energy.
Katanya lagi, Engen akan terus melaksanakan strateginya serta kekal fokus untuk menetapkan kecemerlangan operasi dan komersial, kedua-duanya semasa tempoh pra-penyelesaian dan selepas kejayaan transaksi tersebut di bawah pengawasan Vivo Energy.
Petronas telah dinasihatkan oleh Morgan Stanley serta Rothschild and Co dan transaksi tersebut tertakluk kepada syarat-syarat lazim termasuk kelulusan kawal selia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Petronas telah mencapai persetujuan untuk menjual keseluruhan kepentingan 74 peratus dalam Engen Ltd kepada Vivo Energy.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Petronas rancang labur AS$4.1 bilion di negeri Tamil Nadu - Media India
Petronas sasar tubuh loji hidrogen serta ammonia hijau dan projek itu telah mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Petronas catat untung selepas cukai RM101.6 bilion terbesar dalam sejarah
Petronas merekodkan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan 2022 tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Petronas jual keseluruhan kepentingan dalam Engen kepada Vivo Energy
Petronas percaya Vivo Energy bukan sahaja akan mengekalkan operasi yang mantap bagi Engen tetapi akan membantu mengemudi syarikat itu melalui fasa pertumbuhan seterusnya.

Petronas jangka harga minyak mentah alami pelarasan bermula 2023
Harga minyak mentah dijangka mengalami pelarasan bermula 2023 tetapi akan kembali normal ke paras seperti sebelum pandemik.

Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir
Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petronas, memeterai UA dengan Brunei meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim.

Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung
Petronas menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA pada 24 Mac, 2021.

Petronas catat kerugian bersih RM21 bilion pada suku kedua 2020, tiada pemberhentian pekerja
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan kerugian selepas cukai RM21 bilion untuk suku kedua 2020 (2Q2020), berbanding keuntungan bersih RM14.7 bilion tempoh sama tahun lalu sehubungan COVID-19.

Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran IPO Saudi Aramco.

Petronas pasang pemanas minyak mentah bagi kompleks penapisan di PIC
Relau yang biasanya dikenali sebagai pemanas minyak mentah itu adalah komponen penting dalam unit penyulingan mentah dan dalam menyediakan saluran bagi unit pemprosesan lain di kompleks penapisan.