Moody's Investors Service mengekalkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2.
Menurut Moody's, unjuran bagi Petronas kekal ‘stabil’.
Sebelum ini, pada Jun 2019, Moody's telah menurunkan penarafan Petronas kepada A2 daripada A1 serta mengubah unjuran kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’.
Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan global itu berkata metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, dan unjuran penafaran ini sejajar dengan penarafan A3 yang diberikan oleh mereka terhadap kerajaan Malaysia.
Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan berkata hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas akan memastikan penarafan A2 ini akan stabil untuk jangka masa sederhana.
"Penarafan A2 ini melambangkan sokongan metrik kredit Petronas, dan akan terus menyokong penilaian kredit asas (baseline credit assessment, atau BCA) dan penarafan ini diberikan walaupun keadaan pasaran minyak mentah yang semakin lemah," kata Halan.
"Unjuran stabil ini dijangka akan berkekalan kerana kami menjangkakan Petronas akan terus mempunyai kemampuan untuk mengekalkan posisi kukuh dalam kitaran tunai mereka, walaupun kami jangka syarikat ini akan berikan dividen lebih kepada kerajaan tahun ini," tambah beliau lagi.
Ibrahim Sani
Mon Apr 06 2020

Petronas diberikan penarafan ini walaupun pasaran minyak yang lemah dan jangkaan bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan mungkin berlaku, kata Moody's / Foto Arkib
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Perbelanjaan pengguna di Malaysia dijangka pulih 2022 - Fitch
Jumlah perbelanjaan pengguna susut kepada RM855 bilion pada 2021, iaitu 5.4% lebih rendah berbanding RM905 bilion yang direkodkan pada 2010, sebelum tercetusnya pandemik tersebut.

Kenyataan Petronas atas dasar terpaksa - Khairy
Khairy berkata ia menyaksikan Petronas menerima akibat apabila Moody's mengubah pandangan hadapan syarikat itu daripada stabil kepada negatif.

Bajet 2017 pamer lebih banyak kestabilan dalam kewangan awam - Fitch
Bajet Malaysia 2017 menunjukkan lebih banyak kestabilan dalam kewangan awam biarpun dengan kejatuhan pendapatan Kerajaan daripada sektor minyak dan gas.

'Deklarasi Rakyat' Tun Mahathir boleh kukuhkan kuasa Najib dan UMNO - BMI Research
Deklarasi tersebut boleh mencetus impak yang bertentangan dengan tujuan asal hinggakan Najib boleh mendapat lebih banyak sokongan.

1MDB: Abaikan 'bunyi bising' Najib beritahu pelabur Amerika Syarikat
Mengenai 1MDB, Najib berkata syarikat itu dijangka mengumumkan pengurangan jumlah hutangnya sebanyak kira-kira RM16 bilion 'dalam beberapa hari akan datang'.

Tambatan ringgit hanya memberikan isyarat salah kepada pelabur - Penganalisis
Ringgit tidak perlu ditambat kerana situasi tekanan ringgit yang dialami kini berbeza dengan krisis kewangan pada 1997-98.

Penarafan stabil Fitch rangsang ringgit, Bursa Malaysia
Pengumuman penarafan terbaharu oleh agensi antarabangsa, Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, terbukti menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan.

GST, pemansuhan subsidi minyak sokong kewangan fiskal - Fitch
Fitch Ratings (Fitch) menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia kepada stabil daripada negatif berdasarkan kemampanan fiskal serta kestabilan ekonomi negara.

Ekonomi negara kekal kompetitif dan berdaya saing - Abdul Wahid
Abdul Wahid berkata fitch mempunyai pandangannya sendiri terhadap Malaysia yang dilihat tidak seiring dengan agensi penarafan lain.