Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal komited dalam memastikan Sabah serta rakyatnya mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada pengeluaran hasil minyak dan gas.
Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohd Zaini Mohd Yunus berkata komitmen Petronas ke arah melestari pembangunan sosioekonomi Sabah dapat dilihat menerusi pelaburan jangka panjang dalam program tanggungjawab sosial korporat yang membabitkan tiga turus utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.
"Di samping itu, kerjasama erat yang sedia terjalin antara Petronas dan kerajaan negeri akan terus menjana peluang pelaburan tempatan, pekerjaan serta pembangunan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dalam sektor minyak dan gas.
"Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan atas sokongan kerajaan negeri serta agensinya selama ini dalam usaha membangunkan industri minyak dan gas di Sabah. Sokongan ini begitu bermakna buat Petronas," katanya berucap pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya bersama Petronas di sini, hari ini.
Kira-kira 300 tetamu menghadiri majlis rumah itu yang turut menyaksikan Badan Kebajikan Islam Petronas menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada lima surau di Sabah yang disampaikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositon.
Surau terbabit ialah Surau Kampung Gayang, Kampung Entulon dan Kampung Karambunai di Tuaran; Surau Al-Masri @ Al-Mutaqin, Kampung Lanas, Kimanis; Surau As-Salam, Kampung Gadong, Kimanis; Surau Kampung Siputol, Sipitang dan Surau Riyadhus Solihin, Kota Kinabalu, masing-masing menerima sumbangan RM3,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017

Petronas ke arah melestari pembangunan sosioekonomi Sabah dapat dilihat menerusi pelaburan jangka panjang. - Gambar fail
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Kerajaan Sarawak dan Persekutuan sepakat undang-undang petroleum, gas perlu dihormati
Abang Johari berkata undang-undang ini termasuk Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO) Sarawak.

Puluhan cedera akibat gas tidak diketahui di pasar raya Jerman
15 daripada mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.

China rekod penemuan rizab minyak, gas 40 juta meter padu
Kawasan itu menyimpan jumlah minyak dan gas yang memecahkan rekod rizab gas, melebihi 40 juta meter padu.

Austria mahu henti sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai 2024
Kerajaan Austria pada Selasa mengumumkan cadangan untuk mengharamkan pemasangan sistem pemanasan gas di bangunan baharu mulai tahun depan.

Vienna berang EU kritik kebergantungan Austria terhadap gas Rusia
Kritikan kebergantungan Austria terhadap gas Rusia oleh pegawai tinggi EU telah menyebabkan ketegangan diplomatik antara Vienna dan Brussels, lapor Agensi Berita dpa.

Iran tutup pejabat, institusi pendidikan ekoran kekurangan bekalan gas musim sejuk
Penurunan suhu secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan penggunaan tenaga meningkat.

Henti guna gas untuk jana elektrik - Menteri Jerman
Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku.

Krisis Rusia-Ukraine: EU setuju pelan kecemasan gas
Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bersetuju dengan pelan kecemasan untuk mengurangkan penggunaan gas secara sukarela sebagai langkah mengurangkan kebergantungan bahan api Rusia.

Deleum Berhad tubuhkan subsidiari di Thailand
Deleum Berhad, menerusi subsidiari miilik penuhnya, Deleum Services Sdn Bhd (DSSB) telah memperbadankan anak syarikat di Thailand.