KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merekodkan keuntungan selepas cukai yang lebih tinggi iaitu RM30.8 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 berbanding RM16.3 bilion pada suku yang sama tahun kewangan 2021.
Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat minyak negara itu juga menjelaskan pihaknya mencatatkan keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM47.5 bilion.
Perolehan pula meningkat kepada RM99.2 bilion daripada RM61.8 bilion bagi tempoh yang sama, didorong terutama oleh kesan harga yang menggalakkan bagi produk utama serta kesan kadar pertukaran asing yang baik, tambahnya.
Bagi sembilan bulan pertama 2022, keuntungan selepas cukai meningkat kepada RM77.2 bilion dan EBITDA pada RM130.2 bilion.
Perolehan pula berjumlah RM271.3 bilion berbanding RM171.4 bilion pada tempoh yang sama 2021, dipacu oleh impak harga yang memberangsangkan bagi produk utama sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.
"Petronas telah mencatatkan prestasi yang kukuh pada sembilan bulan pertama 2022 dalam pasaran tenaga yang terus tidak menentu ditambah dengan pencepatan peralihan tenaga.
"Prestasi kukuh syarikat dipacu oleh tumpuan untuk merealisasikan kecemerlangan komersial dan operasi dengan yakin di seluruh rantaian nilai bersepadu, disokong oleh harga komoditi yang tinggi," jelasnya.
Menurut Petronas aliran tunai daripada kegiatan operasi (CFFO) bagi sembilan bulan pertama meningkat kepada RM83.1 bilion.
Jumlah aset pula melonjak kepada RM725.6 bilion setakat 30 Sept, 2022 daripada RM635.0 bilion pada 31 Dis, 2021.
Sementara itu, ekuiti pemegang saham bertambah kepada RM386.2 bilion pada 30 Sept, 2022 daripada RM350.8 bilion pada 31 Dis, 2021 disumbangkan terutama oleh keuntungan yang dicatatkan semasa tempoh itu.
Pelaburan modal oleh Petronas adalah sebanyak RM27.4 bilion, menokok 34 peratus daripada angka pada tempoh yang sama 2021.
Sektor huluannya mencatatkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,415 ribu tong setara minyak (boe) sehari dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022, lebih tinggi daripada 2,269 ribu boe sehari dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lepas, didorong terutamanya oleh pengeluaran lebih tinggi daripada operasi di Malaysia, selain pengeluaran minyak mentah yang tinggi daripada operasi antarabangsa.
Bagaimanapun, katanya ini sebahagiannya diimbangi oleh pengeluaran gas asli yang rendah daripada operasi antarabangsa berikutan penjualan aset di Azerbaijan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada memberikan prestasi selamat untuk memaksimumkan penjana tunainya dan mengembangkan portfolio perniagaan, sejajar dengan strategi pertumbuhan serampang tiga mata dan sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 (NZCE 2050).
Beliau berkata Petronas menyasarkan untuk mengukuhkan daya tahannya dan merebut peluang baharu, dengan kekal berpegang kepada pengurusan kewangan berhemat dan disiplin modal yang utuh dalam melabur secara bertanggungjawab untuk menjana pertumbuhan yang mencatatkan keuntungan secara mampan.
"Dalam meneruskan usaha ini, Petronas terus melaksanakan tanggungjawabnya kepada pemegang sahamnya termasuk menggalakkan ekosistem OGSE tempatan yang berdaya tahan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat tempat kami beroperasi.
"Dalam melihat ke hadapan, Petronas bertekad untuk memacu pertumbuhan dengan pelaburan yang meningkat, terutamanya dalam portfolio kami yang kalis masa depan dalam persekitaran yang tidak menentu," kata Tengku Muhammad Taufik.
Beliau berkata Petronas telah mengambil kedudukan strategik jangka panjang sebagai respons kepada peralihan tenaga dengan pelancaran Petronas NZCE 2050 Pathway.
"Kami mengambil langkah untuk membuka nilai baharu daripada portfolio teras kami dengan memberi tumpuan kepada penyahkarbonan operasi kami dan akan mencari peluang yang menarik dalam penyelesaian tenaga lebih bersih," katanya.
Pada masa depan, kumpulan itu berkata harga minyak dan gas akan terus tidak menentu, dipengaruhi oleh tekanan geopolitik dan ekonomi yang meningkat.
"Dalam menghadapi krisis tenaga global yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Petronas akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan kecemerlangan komersial dan operasi dengan selamat dan kumpulan akan terus melabur secara bertanggungjawab ke arah memastikan jaminan bekalan tenaga selain meneruskan strategi pertumbuhannya dan sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050," menurut Petronas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Syarikat minyak negara itu juga menjelaskan pihaknya mencatatkan keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM47.5 bilion.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak
Petronas mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak.
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.65 mata kepada 1,626.49 daripada 1,628.14 pada Jumaat lepas.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.