KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan pembekuan operasi dan semua akaun bank Caely Group of Companies.
Caely Holdings Berhad dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, pengeluar pakaian dalam itu menjangkakan kesan ke atas aspek kewangan dan operasi kumpulan susulan perintah pembekuan itu.
Bagaimanapun, pihak pegurusan tidak pasti kesan kewangan dan operasi penuh buat masa sekarang.
"Lembaga Pengarah tidak mengetahui sebarang salah laku dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai isu berkenaan.
"Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia apabila terdapat perkembangan lanjut mengenai perkara itu," katanya.
Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Caely berkata, dagangan sahamnya dihentikan pada 2.30 petang Isnin dan dagangan kemudiannya disambung semula pada jam 3.30 petang hari yang sama, lapor Berita Harian.
Caely bermula dengan perniagaan jualan langsung pakaian dalam wanita secara berskala kecil.
Syarikat itu kemudiannya berkembang sehingga disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan mempunyai kilang dan bangunan sendiri terletak di Teluk Intan, Perak.
Destinasi eksport utama Caely untuk produk pakaian dalam di bawah pengeluar barangan tulen (OEM) ketika ini ialah Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada, namun, baru-baru ini pihaknya mula mendapat lebih banyak pertanyaan daripada syarikat di Turki, Perancis dan Australia.
Caely, yang ditubuhkan pada 1986 turut memperuntukkan RM5 juta sebagai modal kerja pada Oktober 2021 untuk mempelbagaikan produk termasuk pengeluaran pelitup muka fabrik.
Ia bercadang memindahkan pembuatan pakaian dalam ke Indonesia manakala kilang di Malaysia akan menumpukan pada pengeluaran pelitup muka dan pakaian lain. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Apr 19 2022

Pengeluar pakaian dalam itu menjangkakan kesan ke atas aspek kewangan dan operasi kumpulan susulan perintah pembekuan itu. - Foto DagangNews

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak berkuasa beku operasi, akaun bank Caely Group
Pengeluar pakaian dalam itu menjangkakan kesan ke atas aspek kewangan dan operasi kumpulan susulan perintah pembekuan itu.