KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada paras tertinggi tiga bulan dengan indeks utama meningkat sebanyak 4.04 peratus berikutan sentimen pasaran menaik berikutan situasi politik tempatan mereda serta perkembangan luaran yang positif yang mendorong minat risiko pelabur.
Pada 5 petang ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 58.38 mata kepada 1,501.88 berbanding 1,443.50 pada Rabu.
Indeks utama itu dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68 yang juga paras terendah harian, bergerak dalam momentum menaik sepanjang hari dan mencat paras tertinggi sebanyak 1,502.11 sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 981 berbanding 197 manakala 256 kaunter lain tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan 84 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan melonjak kepada 6.87 bilion unit bernilai RM4.19 bilion berbanding 2.68 bilion unit bernilai RM1.63 bilion pada Rabu.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Pelantikan itu dimuktamadkan selepas Seri Paduka menimbang pandangan Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Istana Negara pada pukul 5 petang selepas ketidaktentuan politik selama lima hari sejak Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan pada Sabtu lepas, 19 November 2022.
Profesor dan Pakar Ekonomi Malaysia University of Science and Technology Dr Geoffrey Williams berkata perkembangan positif itu sangat dialu-alukan kerana ia menyelesaikan ketidaktentuan dan menstabilkan pasaran.
Beliau yakin Anwar yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan pengetahuan ekonomi luas akan menumpukan pada pembaharuan yang akan menarik pelabur.
"Selepas ini, kita akan mencari dasar ekonomi jangka panjang yang boleh dipercayai, ia akan disediakan oleh Anwar dan pasukannya. Cabaran beliau adalah untuk merangka bajet yang boleh dipercayai dengan tumpuan terhadap melindungi pertumbuhan untuk tahun depan dan mengekalkan inflasi yang rendah," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelantikan Anwar seharusnya memberikan dorongan yang amat diperlukan kepada pasaran ekuiti.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan meningkat dalam julat 1,500-1,530 menjelang hujung minggu.
"Selepas melebihi paras rintangan masing-masing sebanyak 1,470 dan 1,500, indeks penanda aras dijangka meningkat ke arah paras 1,530-1,550 dalam tempoh terdekat," katanya.
Daripada segi luaran, beliau berkata indeks serantau utama ditutup lebih tinggi apabila pelabur menyambut baik berita positif daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada November, di mana para pegawai bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan mungkin akan dilaksanakan pada masa terdekat.
Selain itu, harapan terhadap rangsangan ekonomi baharu dari China juga telah meningkatkan sentimen pelabur, katanya.
Keyakinan tersebut telah membawa kepada pembelian saham dalam beberapa saham perbankan - Public Bank melonjak 24 sen kepada RM4.52, CIMB melonjak 36 sen kepada RM5.87, Maybank naik 21 sen kepada RM8.76, RHB Bank menokok 20 sen kepada RM5.67 dan Hong Leong Bank meningkat 22 sen kepada RM20.70
Bagi saham-saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menokok 28 sen kepada RM9.06, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.00, Tenaga meningkat 49 sen kepada RM8.91 manakala Press Metal menokok lima sen kepada RM4.88.
Untuk saham aktif pula, Advance Synergy naik 8.5 sen kepada 26 sen, Malayan United Industries naik dua sen kepada 12 sen, CSH naik setengah sen kepada empat sen, manakala Eden susut 4.5 sen kepada 14.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM EMAS melonjak 402.35 mata kepada 10,668.57, Indeks FBMT 100 meningkat 395.39 mata kepada 10,392.82, Indeks FBM EMAS Shariah melonjak 388.1 mata kepada 10,804.83 manakala FBM ACE bertambah 236.49 mata kepada 5,210.22.
Dari segi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 598.67 mata kepada 16,766.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 5.15 mata kepada 185.01, Indeks Tenaga bertambah 20.23 mata kepada 764.09 manakala Indeks Perladangan susut 22.63 mata kepada 06.845.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 5.59 bilion saham bernilai RM3.89 bilion daripada 1.84 bilion saham bernilai RM1.33 bilion pada Rabu.
Waran pula mencatat peningkatan perolehan kepada 414.63 juta unit bernilai RM47.23 juta daripada 259.02 juta unit bernilai RM48.58 juta, semalam.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 857.64 juta saham bernilai RM257.95 juta daripada 583.73 juta saham bernilai RM252.22 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 2.92 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (841.48 juta), pembinaan (138.36 juta), teknologi (359.71 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (180.95 juta), hartanah (385.72 juta), perladangan (37.46 juta), REIT (6.18 juta), dana tertutup (14,000), tenaga (281.94 juta), penjagaan kesihatan (149.29 juta), telekomunikasi dan media (59.12 juta), pengangkutan dan logistik (93.67 juta) serta utiliti (141.44 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 981 berbanding 197 manakala 256 kaunter lain tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan 84 lain digantung dagangannya. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.