Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta jaminan kerajaan berhubung kelulusan bagi permohonan lesen oleh syarikat penerbangan Rayani Air.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata jaminan itu akan membolehkan pemilik syarikat penerbangan tersebut dapat mengemukakan pelabur baharu untuk menyuntik dana dan seterusnya mengambil alih syarikat itu.
"Dengan jaminan kelulusan lesen itu, pemilik boleh menggunakan lesen ini untuk mencari rakan kongsi untuk membayar segala tunggakan termasuk bayaran gaji, elaun dan bayaran balik tiket penumpang sebelum ini.
"Perkara ini diharap dapat diselesaikan secara baik dan segera," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Turut hadir wakil peguam kepada PPIM Mohamad Siddiq Azani, wakil pekerja Rayani Air, Azharudin Mohd dan wakil pelanggan Azlan Syan Latang.
Pada minggu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata syarikat penerbangan itu perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) jika ia berhasrat untuk memulakan semula operasinya.
Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air Alagendrran dalam kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa syarikat itu sedang berusaha keras agar DCA dan Mavcom memberikan peluang kedua untuk beroperasi.
Sementara itu, Azharudin Mohd yang mewakili 415 kakitangan Rayani Air mendakwa majikannya gagal membayar tunggakan gaji bersama elaun berjumlah hampir RM8 juta.
"Saya difahamkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Selangor bahawa pemilik perlu membayar gaji kakitangan, bukan sahaja pada Mac dan April, malah perlu membayar sehingga 11 Julai lalu.
"Difahamkan juga pihak Rayani Air akan mengeluarkan notis pemberhentian pada Rabu lepas dan akan diposkan kepada semua kakitangan, namun sehingga ke hari ini, kami masih belum menerima apa-apa.
"Menurut Jabatan Tenaga Kerja, pekerja perlu diberikan pampasan sebulan gaji selepas notis berkenaan dikeluarkan," kata Azharudin.
Menurut Azlan Syan Latang yang mewakili 252 pelanggan yang menuntut bayaran balik tiket penerbangan, mendakwa mereka mengalami kerugian kira-kira RM173,162, dengan tuntutan tertinggi seorang pelanggan mencecah RM12,000.
Wakil peguam kepada PPIM, Mohamad Siddiq Azani berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak pembeli tiket untuk mengumpul maklumat sebelum mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat Rayani Air jika tuntutan bayaran mereka tidak diselesaikan dengan segera.
Bernama
Tue Aug 16 2016

Jaminan itu akan membolehkan pemilik syarikat penerbangan tersebut dapat mengemukakan pelabur baharu untuk menyuntik dana dan seterusnya mengambil alih syarikat itu. - Gambar fail

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM
Undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.

PRU15: PPIM bakal tubuh gerakan sukarelawan rakyat
Nadzim Johan berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa.

Pengeluaran Khas KWSP: PPIM mula terima aduan pencarum diganggu sindiket penipuan
Beliau menasihati pencarum supaya lebih berwaspada dan tidak sesekali terjerat dengan sindiket itu.

20 NGO serah memorandum bantah iklan judi raya kepada Zahidi
Memorandum yang meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap operator judi raya dalam talian itu diserahkan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Batal diskusi vaksin saat akhir, Amzad berkunjung ke PPIM sambung perbincangan
Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.

COVID-19: Jual aset kepada keluarga jika kesempitan kewangan - Pakar
Masyarakat disaran menjual aset kepada ahli keluarga dan saudara mara yang berada jika mengalami kesempitan kewangan terutama pada musim pandemik COVID-19.

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak
Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain.

Basikal lajak: Ibu bapa perlu tentukan anak-anak berada di rumah sebelum Maghrib
Shahrul mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna lain.

Pelantikan Jawahar Ali sebagai Presiden Presma petanda baik kempen SPPZ - PPIM
Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Presma yang baharu merupakan petanda baik kepada kemnpen SPPZ

Jangan beri peluang kedua pihak salah guna AP
Malaysia boleh menyelamatkan berbilion ringgit dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat selain permit tidak diberikan kepada orang yang sama pada masa akan datang.