Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.
Beliau berkata ini kerana TUBE bertujuan untuk menggalakkan dan mengubah perspektif para belia daripada menjadi golongan pekerja (makan gaji) kepada pemilik perniagaan.
"Usaha ini selari dengan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) iaitu untuk meningkatkan penubuhan perniagaan yang mampan," katanya pada majlis penutup program TUBE peringkat Zon Selatan di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin dekat sini, pada hari Sabtu.
Turut hadir Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) Datuk Hafsah Hashim dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) Hasnul Mohamed.
Katanya pengetahuan mengenai selok-belok perniagaan merupakan aspek penting sebelum seseorang itu menceburi bidang perniagaan dan melalui program TUBE fasa 1 dan 2 selama dua minggu di kem PLKN, para peserta didedahkan latihan fizikal untuk mempertingkat ketahanan jati diri dan mengikuti modul bengkel perniagaan.
Katanya fasa 3 akan merangkumi pelaksanaan perniagaan, apabila para peserta dipantau dan dibimbing melalui sistem 'buddy' oleh kaunselor perniagaan dan juga panel penasihat pakar PKS daripada SME Corp Malaysia bagi tempoh satu tahun.
Sebanyak 448 peserta program TUBE yang terbahagi kepada Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak menamatkan kursus dua minggu.
"Ini bermakna mereka layak untuk memasuki fasa 3 serta mendapat geran memulakan perniagaan berjumlah RM15,000 seorang. Bagi Zon Selatan 115 orang merangkumi peserta dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor berjaya mengikuti program TUBE.
"Selain geran memulakan perniagaan, peserta yang berjaya mengembangkan perniagaan ke peringkat seterusnya, juga berpeluang memohon bantuan kewangan dan latihan lain yang disediakan kerajaan.
"Ini termasuk enam program belia dalam perniagaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dengan dana berjumlah hampir RM120 juta," katanya.
Program TUBE adalah usahasama antara SME Corp Malaysia dengan Unit Perancang Ekonomi; Kementerian Pendidikan; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bernama
Sun Dec 07 2014

DR HAMIM: Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

'Pakatan baharu pembangkang tidak jejaskan BN' - Syed Ali
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembentukan pakatan baharu pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) tidak memberikan saingan kepada Barisan Nasional (BN).

Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.