Golongan bumiputera terutama usahawan seharusnya diberi ruang merebut segala peluang dijana menerusi Projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur ke Singapura, dan bukan menjadi watak 'tukang tengok' dalam projek tersebut.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik berkata dalam projek mega seperti HSR, penyertaan bumiputera perlu menjadi suatu dasar yang dijadikan landasan untuk pelaksanaan projek tersebut pada semua peringkat.
Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai badan seperti Majlis Ekonomi Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah meletak dasar tegas bagi memberi ruang kepada bumiputera untuk menyertai projek mega seumpama itu.
"Masalahnya bila sampai ke bawah dasar (penyertaan bumiputera) yang begitu tegas ini jadi pudar, jadi kami mahu perkasakan dasar beri peluang kepada bumiputera dalam bidang sesuai dilakukannya supaya (dasar itu) dapat menjadi tegas di semua peringkat.
"Daripada mula sampai habis projek perlu ada penglibatan bumiputera, kita tidak mahu (bumiputera) setakat memandang jadi pemerhati atau tukang tengok sahaja kepada program besar ini, ini akan menimbulkan kemarahan rakyat terutama bumiputera," katanya kepada Bernama.
Projek HSR yang dijangka siap sekitar tahun 2026 melibatkan pembinaan landasan sepanjang 350km dan mengurangkan masa perjalanan kepada 90 minit antara Kuala Lumpur dan Singapura, dengan kelajuan lebih 300km/sejam.
Projek itu dirancang untuk mempunyai lapan stesen yang bakal menjadi pusat pertumbuhan baharu iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.
Abdul Rahim berkata selain peluang dalam pembinaan projek tersebut, golongan bumiputera perlu diberi peluang untuk terlibat dalam pertumbuhan ekonomi di kawasan stesen Projek HSR.
Beliau berkata penyertaan bumiputera seharusnya ada dalam usaha membina infrastruktur, kawasan komersial dan fasiliti untuk keselesaan pelanggan dalam kawasan pertumbuhan baharu itu.
"Fasiliti pertumbuhan ekonomi seperti pusat membeli-belah, kedai makan dan kedai lain kita minta secara tegas komponen penglibatan bumiputera dimasukkan dalam kawasan pertumbuhan tersebut," katanya.
Bagaimanapun Abdul Rahim menegaskan segala peluang yang diberikan kepada bumiputera dalam projek itu tidak sepatutnya disia-siakan golongan itu dan bumiputera perlu berusaha sedaya upaya untuk merebut segala peluang yang dijana melalui projek tersebut.
Beliau berkata kerajaan dan badan terlibat mampu memberikan peluang dalam projek mega kepada bumiputera melalui dasar yang digubal, justeru golongan bumiputera sendiri perlu bersikap proaktif dalam merebut segala peluang yang ada dan melaksanakan peluang yang diberi itu dengan sebaiknya.
Dalam pada itu, Abdul Rahim menempelak sikap sesetengah pihak yang memandang sinis terhadap keupayaan syarikat bumiputera untuk terlibat dalam projek mega seperti Projek HSR.
Katanya persepsi seperti syarikat dan usahawan bumiputera tiada modal serta kepakaran atau teknologi diperlukan untuk terlibat dalam projek mega adalah persepsi negatif yang harus dihapuskan oleh semua pihak.
"Dalam Teraju sahaja kita punyai beratus-ratus syarikat bumiputera dari seluruh negara yang berkemampuan dalam pelbagai bidang untuk terlibat dalam projek besar seperti HSR, syarikat ini mempunyai apa yang diperlukan untuk terlibat dengan projek tersebut.
"Tiada alasan kata tidak boleh beri kepada bumiputera kerana tiada syarikat atau tokoh (usahawan) berwibawa. Mereka semua bersedia dengan modal, kepakaran dan teknologi untuk terlibat dengan projek ini," katanya.
Beliau berkata Gabem juga bersedia untuk membantu pihak yang terlibat dalam projek itu untuk mengenal pasti syarikat bumiputera yang sesuai untuk Projek HSR tersebut. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016

ABDUL RAHIM: Masalahnya bila sampai ke bawah dasar (penyertaan bumiputera) yang begitu tegas ini jadi pudar. - Foto Bernama

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Gabem setuju DEB dikaji
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bersetuju dengan langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan digantikan dengan dasar yang lebih efektif dan bersih.

Tribunal GST jamin kawalan harga barang - Gabem
Kerajaan dicadang mewujudkan mahkamah atau tribunal GST untuk memastikan penguatkuasaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak menjadi sekadar isu bermusim.

Projek Kereta Api Laju HSR: Bumiputera jangan sekadar jadi 'tukang tengok'
Penyertaan bumiputera perlu menjadi suatu dasar yang dijadikan landasan untuk pelaksanaan projek tersebut pada semua peringkat.

Bumiputera diminta tidak jadikan perniagaan pilihan kerjaya terakhir - GABEM
Golongan Bumiputera perlu mengubah paradigma dalam perniagaan dengan tidak hanya memberi fokus kepada sesuatu produk semata-mata.