KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa kerajaan memutuskan projek naik taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.
Peguam Kanan Persekutuan Asliza Ali berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Mei lepas.
Beliau yang mewakili kerajaan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam satu kes saman memaklumkan demikian semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Lim Chong Fong pada Isnin.
“Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT dengan kos kontrak sebanyak RM4.475 bilion dikekalkan dengan skop projek serta terma pelaksanaan dikekalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Surat Setuju Terima pada 19 Ogos 2019,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sehubungan itu Asliza berkata pihak-pihak dalam kes saman itu telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan.
“Pihak plaintif (Dhaya Maju) akan menarik balik kes saman itu selepas kontrak itu ditandatangani oleh kedua-dua pihak (kerajaan dan Dhaya Maju).
“Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan penyelesaian kes saman tersebut,” katanya.
Pada 27 Okt 2020, Dhaya Maju LTAT memfailkan saman terhadap kerajaan, Wee, Opus Consultants (M) Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selaku responden berhubung penamatan kontrak syarikat itu dalam projek KVDT2.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dhaya Maju LTAT antara lain mendakwa bahawa sehingga kini, notis penamatan rasmi tidak diserahkan kepada syarikat itu dan ia langsung tidak menyedari tentang penamatan itu sehinggalah ia diumumkan Wee dalam satu kenyataan media.
Selain ganti rugi, Dhaya Maju LTAT iaitu syarikat usahasama Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diperbadankan pada 5 Jun 2017 di bawah Akta Syarikat 2016, memohon deklarasi bahawa keputusan menamatkan kontrak itu adalah tidak sah dan batal.
Pertikaian itu timbul selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dianugerahkan menerusi rundingan terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan ia turut membabitkan projek KVDT2 bernilai RM4.475 bilion yang diberikan kepada Dhaya Maju LTAT. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jun 14 2022
Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT dengan kos kontrak RM4.475 bilion dan skop projek serta terma pelaksanaan dikekalkan, sebagaimana dipersetujui dalam Surat Setuju Terima pada 19 Ogos 2019. - Foto DagangNews
AWANI 7:45 [2/2/2025] - Hakisan 1,347.6 Kilometer|Monsun timur laut|Ops sky|Op selamat 23
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Geografi Malaysia berubah, 15 peratus alami hakisan pantai tiga dekad
-Sarawak bakal hadapi gelombang banjir kedua
-SPRM panggil artis promosi syarikat perunding kewangan
-Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan jalan raya tertinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Geografi Malaysia berubah, 15 peratus alami hakisan pantai tiga dekad
-Sarawak bakal hadapi gelombang banjir kedua
-SPRM panggil artis promosi syarikat perunding kewangan
-Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan jalan raya tertinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
AWANI Global: Membangun Semula Gaza
Diskusi dan analisis mengenai membangunkan semula Gaza dan mempergiatkan bantuan kemanusian bersama Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dalam AWANI Global jam 9.00 malam ini.
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT - Peguam Kanan Persekutuan
Pihak-pihak dalam kes saman itu telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan.
Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 diteruskan Dhaya Maju LTAT
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kerajaan memutuskan projek naik taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.
Batal projek KVDT2, kerajaan hadapi tiga tuntutan mahkamah
Kerajaan sedang melakukan rundingan dengan Dhaya Maju LTAT untuk capai penyelesaian di luar mahkamah.
Dhaya Maju LTAT komited siapkan projek KVDT 2 mengikut jadual
Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd komited untuk terus melaksanakan obligasi bagi memastikan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2) siap mengikut jadual ditetapkan.