PLATFORM e-dagang milik Astro, Go Shop meraikan ulang tahun ke-6 dengan lebih ganjaran menerusi "Go Shop 6th Anniversary Live Party" yang berlangsung pada 31 Oktober (Sabtu) bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Para pelanggan Go Shop akan menikmati tawaran 'beli satu percuma satu, potongan harga sehingga 50 peratus dan hadiah percuma seperti air fryer, vakum, pencuci muka serta alatan digital seperti televisyen pintar mahupun telefon bimbit.
Menurut hos Kamalia, Go Shop turut memperuntukkan kupon berjumlah RM600,000 di mana pelanggan akan menikmati RM20 diskaun bagi setiap pembelian minimum RM300,000 di laman web rasminya.
"Pelanggan boleh mendapatkan diskaun itu dengan menggunakan kod promo ANNIVERSARY20, dan pelbagai lagi info boleh didapati di laman web Go Shop," katanya ketika ditemu bual di program Awani Pagi pada Jumaat.
Selain mempromosi dan penjualan di platform itu, pelanggan juga boleh memenangi hadiah menarik dengan menyertai permainan interaktif 'Tap & Win'.
"Pelanggan boleh memenangi hadiah sehingga RM60,000 dan permainan ini hanya di aplikasi Go Shop dan anda boleh bermain bermula 1 November hingga 12 Disember," kata hos Sufian yang lebih dikenali sebagai Ean.
Pelanggan juga boleh menyertai pertandingan 'Spend & Win' hingga 25 November dan berpeluang memenangi televisyen 85 inci bersama set sistem 'home theatre' dan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM60,000.
Selain itu, pelanggan juga boleh menstrim siaran langsung ini di beberapa platform lain seperti laman web Go Shop, aplikasi telefon pintar, Facebook dan juga YouTube.
Hafizi Rosli
Fri Oct 30 2020

Go Shop 6th Anniversary Live Party berlangsung esok dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Go Shop henti operasi 11 Okt ini, sebahagian strategi penjajaran semula Astro
Keputusan strategik itu dilakukan selepas melihat kepada landskap ekonomi mencabar, perubahan tingkah laku pengguna secara keseluruhan.

'Beli Ikhlas Dari Hati' tawaran istimewa Go Shop sempena Ramadan
Pelbagai diskaun menarik di Go Shop, termasuk penghantaran percuma!

Go Shop tawar pelbagai promosi, acara hebat sempena ulang tahun ke-8
Sempena ulang tahun ke-8, Go Shop akan memberikan pelbagai ganjaran dan tawaran menarik khas buat pelanggan setia mereka.

Lebih banyak belanja, lebih banyak jimat dengan kempen 'Macam-macam Ada' Astro Go Shop
Astro Go Shop kini menawarkan pakej pelancongan tempatan bawah RM80.

Go Shop tawar hadiah percuma bernilai RM3.5 juta sempena ulang tahun ke-7
Program istimewa yang berlangsung selama dua hari itu sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan mereka atas sokongan dan kepercayaan.

Go Shop tawar pelbagai tawaran menarik sempena bulan kemerdekaan
Menerusi kempen 'Kita Sayang Malaysia, ganjaran berganda bakal diberikan sehingga 31 Ogos ini.

Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.

Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus.

Go Shop tawar penghantaran percuma dan diskaun sempena Kaamatan, Gawai
Platform membeli-belah gaya hidup dan e-dagang, Go Shop menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan diskaun sehingga 50 peratus bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

'10 Mil Syoking', kempen raikan kejayaan penjualan 10 juta produk Go Shop
Menerusinya pelbagai tawaran menarik dilakukan dengan melibatkan selebriti terkemuka tanah air selain diskaun lebih 50 peratus.