KUALA LUMPUR: Prospek pasca pandemik bagi industri minyak sawit di Malaysia kekal cerah disokong oleh penawaran dan permintaan yang seimbang serta jangkaan isu kekurangan buruh akan kembali pulih tahun depan.
Pengarah Eksekutif Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), Tan Sri Dr Yusof Basiron berkata, harga minyak sawit agak tinggi bagi hampir sepanjang tempoh 2020 dan 2021, dan bagi negara pengeluar, yang ekonominya terjejas oleh pandemik COVID-19, peningkatan hasil daripada sektor minyak sawit ini amat diharapkan.
Namun, sebaliknya pula pengguna menerima kesan daripada harga tinggi minyak dan lelemak, katanya.
Menurutnya, bekalan rendah minyak biji sesawi dan minyak bunga matahari serta permintaan kukuh terhadap kacang soya dan minyaknya membawa kepada peningkatan harga minyak kacang soya ketika ini.
Bagaimanapun, Yusof berkata, harga minyak sawit rendah berbanding minyak kacang soya memberi manfaat kepada pengguna, terutamanya kepada mereka yang pendapatannya terjejas akibat kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik.
"Trend semasa harga tinggi bagi tempoh yang lama yang dialami minyak sawit (dan minyak dan lelemak lain) mungkin merupakan sebahagian daripada peralihan jangka panjang baharu dalam keseimbangan penawaran dan permintaan minyak sawit serta minyak dan lelemak lain.
"Meskipun permintaan terhadap minyak dan lelemak terus meningkat mengikut trend lepas disebabkan pertambahan jumlah populasi, bekalan minyak sawit mungkin tidak meningkat pada kadar pertumuhan tinggi seperti sebelum ini,” katanya dalam ucaptama beliau pada edisi kedua Pameran dan Persidangan Maya Minyak Sawit Dunia hari ini, lapor Bernama.
Yusof juga berkata moratorium ke atas pengembangan tanah baharu bagi penanaman sawit di Indonesia dan kekurangan tanah baharu bagi penanaman sawit di Malaysia telah mengehadkan kadar pertumbuhan pengeluaran minyak sawit beberapa tahun kebelakangan ini dan dalam tempoh jangka panjang.
Ketika minyak dan lelemak lain berkembang pada kadar lebih rendah berbanding minyak sawit, beliau berkata, tanaman utama seterusnya seperti pengeluaran soya tidak dijangka berkembang pada ‘kadar yang sangat tinggi’ bagi mengimbangi kekurangan pengembangan pesat pengeluaran minyak sawit seperti sebelum ini.
Oleh itu, beliau berkata bekalan minyak dan lelemak pada masa depan jangka mengalami pertumbuhan lebih perlahan berbanding permintaan dan harga dijangka meningkat bagi mencerminkan keseimbangan penawaran dan permintaan baharu ini.
"Jika prospek ini menjadi kenyataan, pengeluar minyak sawit akan terus menikmati harga menguntungkan bagi minyak sawit mereka dan usaha memaksimumkan pengeluaran minyak sawit akan diteruskan dengan menambah baik hasil menerusi amalan agronomik yang lebih baik, katanya.
Menurutnya, peningkatan hasil industri minyak sawit tidak berlaku seperti tanaman minyak bijian yang lain yang peningkatan hasilnya dicapai sebanyak 50% dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
“Jika industri minyak sawit boleh merebut peluang menambahbaik hasilnya sebanyak 50% seperti tanaman minyak bijian yang lain, lebih 35 juta tan metrik minyak sawit tambahan dapat dihasilkan setiap tahun, tanpa perluasan kawasan perladangan.
“Ini memberi peluang peningkatan hasil yang lebih besar kepada pengeluar minyak sawit, memandangkan unjuran harga yang lebih tinggi dalam waktu terdekat,” kata Yusof.
Sementara itu, Faye Loo, seorang penganalisis di firma perunding komoditi pertanian dan ekonomi perniagaan tani global LMC International, berkata peningkatan kes COVID-19 telah menyebabkan pekerja asing yang berpengalaman dari Indonesia dan Bangladesh terpaksa berhenti kerja berikutan permit mereka yang tidak diperbaharui.
Selain daripada itu, tidak ada juga kemasukan pekerja baharu berikutan penutupan sempadan.
Beliau berharap situasi akan pulih pada 2022, sekali gus dapat meningkatan pengeluaran dan hasil.
Menurutnya, kira-kira 75,000 pekerja tambahan diperlukan bagi memastikan operasi perladangan yang baik di Malaysia.
“Kesan kekurangan pekerja telah menyebabkan selang penuaian menjadi lebih panjang sehingga lebih daripada sebulan di beberapa ladang.
“Dalam sesetengah kes, buah menjadi rosak di atas pokok kerana tidak dikait mengikut masa yang ditetapkan, manakala sebahagian pula mengabaikan penyenggaraan dalam usaha menumpukan kepada kerja-kerja penuaian, menyebabkan pokok kelapa sawit dibiarkan tidak dipotong,” kata Loo.
Bagi 2022, katanya, LMC menjangkakan pengeluaran minyak sawit Malaysia meningkat sedikit kepada 18.4 juta tan metrik, dan Indonesia meningkat sebanyak dua juta tan metrik kepada 47.2 juta tan metrik.
Tahun ini, katanya, pengeluaran Malaysia dijangkakan sama seperti pada 2020 iaitu sebanyak 18.1 juta tan metrik, manakala bagi Indonesia, jumlah pengeluaran dijangka sebanyak 45.5 juta tan metrik.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Sep 07 2021

Prospek pasca pandemik bagi industri minyak sawit di Malaysia kekal cerah disokong oleh penawaran dan permintaan yang seimbang serta jangkaan isu kekurangan buruh akan kembali pulih tahun depan. -Gambar fail
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.

MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.

Kaliskan masa depan minyak sawit daripada ancaman propaganda Barat
Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menangani dakyah anti-minyak sawit oleh negara-negara Barat yang jelas bertujuan menjatuhkan industri sawit negara kita.

Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks
Tindakan pihak tertentu yang menyunting rakaman ucapan tersebut telah menjejaskan usaha kementerian dalam mempromosikan minyak sawit.

Prospek industri minyak sawit pasca pandemik kekal cerah - CPOPC
Tahun ini, pengeluaran Malaysia dijangkakan sama seperti pada 2020 iaitu sebanyak 18.1 juta tan metrik.

Malaysia, Indonesia digesa bekerjasama tingkatkan penggunaan minyak sawit
Dua pengeluar minyak sawit utama dunia itu perlu giat menyebarkan fakta sebenar bahawa minyak sawit dihasilkan secara lestari.

Malaysia, Indonesia bekerjasama lindungi industri minyak sawit
Januari lalu, Parlimen Eropah mengundi untuk menghentikan secara berperingkat biodiesel yang menggunakan minyak sawit menjelang 2021.

Tiada amalan 'tebang dan bakar' dalam industri sawit Malaysia - PM Najib
Malaysia mengguna pakai pembangunan lestari dan mereka boleh datang dan melihat sendiri perkara itu.