KUALA LUMPUR: Lanjutan pengecualian cukai jualan kenderaan sekiranya diluluskan kerajaan dilihat dapat memberi rangsangan yang lebih positif kepada sektor automotif bagi tahun ini.
Pengecualian cukai itu akan berakhir 30 Jun 2022 setelah beberapa kali dilanjutkan sejak diperkenalkan pada 2020 bagi membantu sektor automotif yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry berkata, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk melanjutkan lagi tempoh pengecualian itu berikutan masalah kekurangan bekalan yang masih berterusan menjejaskan keupayaan industri untuk memenuhi tempahan yang tertunggak.
Katanya, sekiranya tempoh pengecualian itu dilanjutkan lagi, ia akan menjadi peningkatan positif untuk sektor automotif sekali gus meningkatkan lagi unjuran.
"Sebagai indikator, pengecualian cukai dengan tambahan 6 bulan dianggarkan meningkatkan ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun ini kepada sekitar 595,000 hingga 605,000 dengan pertumbuhan 17 hingga 19% tahun ke tahun.
"Potensi semakan menaik pada unjuran kami adalah menyamai MAA, yang menunjukkan potensi peningkatan kepada sasaran TIV 2022 semasanya sebanyak 600,000 sekiranya pengecualian cukai ini dilanjutkan," katanya dalam nota kajian hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini, beliau mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2022 sebanyak 575,000 unit, meningkat 13% tahun ke tahun.
"Unjuran ini dibuat dengan menjangkakan tiada sebarang langkah sekatan pergerakan dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan juga pesanan tertunggak yang kukuh, walaupun terdapat potensi kelemahan jangka pendek serta-merta selepas pengecualian cukai jualan berakhir pada 30 Jun ini.
"Namun, unjuran ini berada di julat paling bawah sebelum pandemik bagi mencerminkan situasi kekurangan cip yang berterusan dan potensi gangguan rantaian bekalan yang terputus-putus," jelasnya.
Baca : Masalah kekurangan cip, jualan kenderaan merosot pada April
Data yang dikeluarkan MAA minggu lalu, menunjukkan jumlah jualan kenderaan menurun 3.63% kepada 56,213 unit pada April 2022 berbanding 58,329 unit bagi tempoh sama tahun lalu.
Penurunan itu yang terdiri daripada kenderaan penumpang dan komersial disebabkan industri berdepan dengan faktor termasuk kekurangan cip semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan automotif.
Menurut Hafriz, jualan pada Mei mungkin kekal tidak bergerak memandangkan cuti Hari Raya Aidilfitri dan penutupan kilang pada bulan tersebut.
"Tetapi, kami menjangkakan ia akan melantun semula pada Jun apabila bekalan beransur pulih dan kembali ke bulan bekerja seperti biasa," katanya.
Sementara itu, beliau mendapati, di sebalik semakan semula kenaikan harga dalam pasaran automotif, senarai menunggu masih kekal panjang dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, yang mencerminkan pemulihan sektor ini dalam tempoh sederhana.
Secara keseluruhan, MIDF Research mengekalkan pandangan 'positif' terhadap sektor automotif bagi 2022. - DagangNews.com
Dagang News
Tue May 24 2022

Setakat ini, penganalisis mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri bagi 2022 sebanyak 575,000 unit, meningkat 13% tahun ke tahun. - Foto DagangNews

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

Pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary dibatalkan ketika Muhyiddin jadi PM - Peguam
Isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary dibuat semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.

Skop pengecualian cukai perkhidmatan sektor logistik diperluas untuk kurangkan kesan cukai berganda
Kerajaan hari ini bersetuju supaya skop pengecualian cukai perkhidmatan antara perniagaan (B2B) perkhidmatan logistik diperluaskan.

Kelulusan segera bagi penjawat awam pindah kenderaan dari Langkawi, Labuan
Dasar baharu itu memperkemaskan proses dan membolehkan individu yang layak mendapatkan kelulusan terus daripada pejabat kastam Labuan atau Langkawi.

Tiada lagi pelepasan cukai untuk pencarum SSPN tahun ini
Bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.

Isu batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary: Guan Eng tuntut Muhyiddin mohon maaf
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya berhubung pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.

e-Sukan: Kertas cadangan pengecualian cukai pendapatan wang kemenangan hampir siap - KBS
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.

Prospek sektor automotif lebih cerah jika pengecualian cukai dilanjutkan lagi
Pengecualian cukai itu akan berakhir 30 Jun 2022 setelah beberapa kali dilanjutkan sejak diperkenalkan pada 2020.