KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd melalui syarikat usaha samanya, Aco Tech Sdn Bhd telah melancarkan pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia.
Aco Tech dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pusat itu dinamakan 'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur bersama-sama menikmati inovasi terbaharu dalam industri automotif.
Proton DX berkeluasan 5,275 kaki persegi terletak di dalam Quill City Mall, Kuala Lumpur dan akan menempatkan gabungan teknologi interaktif, ruang santai dan elemen gaya hidup untuk mewujudkan pusat pengalaman yang unik.
Pusat tersebut terdiri daripada enam zon pengalaman iaitu kokpit maya, zon aktiviti, kafe Aico, zon gaya hidup, ruang penghantaran dan pameran ATLAS Mall yang membolehkan pengunjung melihat pelbagai produk terdapat pada aplikasi ATLAS Auto.
"Proton DX juga mahu berperanan sebagai platform menarik untuk pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta mencetuskan minat dalam bidang itu dalam kalangan generasi muda," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aco Tech, Li Pu berkata mobiliti pintar dalam industri automotif berkembang pada kadar yang pantas.
"Kami teruju menyediakan penyelesaian yang meningkatkan pengalaman pemanduan, menjadikan setiap pemanduan menyeronokkan untuk rakyat Malaysia," katanya semasa pelancaran Proton DX di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata pengguna yang ingin membeli kereta Proton akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada Proton DX kerana mereka boleh mengalami fungsi dan aksesori yang ditawarkan dalam setiap model Proton di pusat tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata Proton DX akan menjadi tempat untuk pelanggan menikmati dan masuk secara percuma dan mudah kerana mereka tidak akan didesak atau dipujuk untuk membeli produknya.
Kumpulan itu juga akan mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak cawangan Proton DX terutamanya di bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang atau Johor Bahru, kata Roslan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur. - Gambar fail
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.