KUALA LUMPUR: Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan 12,230 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada September 2023, menjadikan jumlah jualan bagi tempoh tiga sukuan pertama tahun ini sebanyak 116,832 unit, peningkatan 14.1 peratus daripada angka pada tempoh sama 2022.
Dalam kenyataan pada Rabu, Proton menjelaskan jualan pada September merosot sebanyak 1,725 unit berbanding pada Ogos manakala, jumlah keseluruhan industri (TIV) turut susut kepada bawah ambang 70,000 unit.
"Pertumbuhan jualan Proton bagaimanapun masih kekal mendahului jumlah pertumbuhan industri sebanyak lebih 3.7 peratus manakala pegangan pasaran juga kekal mendahului angka pada 2022 dan kini berada pada 20.5 peratus, atau 0.7 peratus lebih daripada tahun sebelumnya," tambahnya.
Menurut syarikat itu dalam menuju ke suku akhir 2023, empat modelnya terus meneraju segmen masing-masing.
Proton Persona mengakhiri September sebagai sedan segmen B kedua paling popular dengan 2,053 unit terjual namun, kekal sebagai peneraju pasaran bagi tahun ini setakat ini dengan jumlah jualan sebanyak 18,614 unit, 72.6 peratus lebih daripada tahun lepas, jelas Proton.
"Model terbaharu, Proton X90, juga terbukti menarik perhatian pembeli yang mencari SUV (kenderaan utiliti sukan) keluarga premium yang menggunakan teknologi hibrid ringan.
"Kemas kini perkhidmatan telah dilakukan untuk model ini baru-baru ini, justeru, semua unit di barisan pengeluaran dan pada pelanggan sedang dalam proses dikemas kini," tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata September merupakan bulan yang tenang bagi industri automotif, yang menyebabkan penurunan dari segi jualan berbanding Ogos.
"Ramai pembeli juga mengambil langkah untuk menunggu dan lihat dengan menjangkakan pembentangan belanjawan negara 2024 pada 13 Oktober dan ini membawa beberapa kesan jangka masa pendek.
"Suasana keseluruhan pasaran bagaimanapun kekal rancak dengan pengenalan baharu diteruskan pada kadar yang mencatatkan rekod," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Proton Persona mengakhiri September sebagai sedan segmen B kedua paling popular dengan 2,053 unit terjual namun, kekal sebagai peneraju pasaran bagi tahun ini setakat ini. - Gambar hiasan

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.