KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif, pada waktu jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) yang perlahan.
Proton berkata jumlah jualan pada bulan tersebut terjejas oleh penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual.
"Secara keseluruhan, syarikat mencapai pegangan pasaran sebanyak 19.1 peratus pada bulan lepas, sama dengan angka pegangan pasaran tahun sehingga kini. Jumlah jualan untuk separuh pertama tahun ini ditutup pada 73,696 unit," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut Proton, TIV untuk Jun dijangka terendah untuk mana-mana bulan pada tahun ini dengan anggaran 57,700 unit terjual, lebih rendah daripada April yang sebelum ini digelar sebagai bulan terendah akibat cuti perayaan yang panjang.
"Secara kumulatif, angka TIV untuk enam bulan pertama 2024 dianggarkan sebagai 386,600 unit, hampir 20,000 unit lebih daripada tempoh yang sama pada 2023 ketika TIV mencapai rekod tertinggi yang baharu," katanya.
Katanya Jun merupakan bulan yang sibuk bagi Proton selepas syarikat memberi tumpuan kepada langkah-langkah strategik yang akan memberikan hasil untuk jangka pendek dan panjang.
"Selain melancarkan jenama kenderaan elektrik (EV) e.MAS, Proton juga meraikan pelancaran kenderaan kelima juta daripada barisan pengeluarannya dan melancarkan Proton X50 baharu, model kenderaan utiliti sukan (SUV) paling popular dengan menampilkan ciri-ciri lebih daripada 20 peningkatan bunyi, getaran dan kelasakan," katanya.
Proton berkata hasilnya adalah peningkatan serta-merta dalam jumlah jualan Proton X50 apabila ia kembali ke tangga teratas dalam kelas SUV segmen B dengan 1,711 unit terjual, prestasi terbaik selama tiga bulan.
"Jumlah pengeluaran kenderaan dijangka meningkat selepas peningkatan operasi berjadual, justeru jumlah jualan juga dijangka melonjak pada bulan-bulan akan datang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata pasaran menjangka perkembangan lebih positif daripada Proton untuk separuh kedua tahun ini berikutan pelancaran e.Mas.
Beliau berkata pelancaran terbaharu X50 2024 memenuhi permintaan yang kukuh daripada pasaran.
"Model ini tetap menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mencari SUV segmen B dan kami mengharapkan reaksi yang sama daripada pasaran apabila kami mengumumkan Proton X70 2025 yang mengalami pembaharuan yang besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Proton berkata jumlah jualan pada bulan tersebut terjejas oleh penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual. - Gambar fail/Proton

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.