Proton Holdings Bhd hari ini memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada masa ini, pengeluar kereta nasional itu perlu menjual kenderaannya pada harga yang ditetapkan kerajaan.
"Berikutan penurunan tukaran asing, kos bahan mentah import itu juga meningkat. Namun kami masih cuba untuk mengekalkan harga (kereta Proton)," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Karnival Alami Proton 2015 di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, hari ini.
Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata Proton merancang untuk mengeksport kereta elektrik Proton Iriz yang dikatakan mampu bergerak sejauh 300 kilometer bagi sekali pengecasan, ke pasaran Eropah.
Pada masa sama, Proton juga akan memastikan kesemua kereta keluarannya pada masa depan akan menepati standard pelepasan karbon Euro 5, kata Dr Mahathir.
"Kami telah mencadangkan untuk mengeluarkan kereta ini (Proton Iriz) ke Eropah dan tidak perlu membayar denda kerana ia cekap (tenaga)," katanya.
Mengulas ulang tahun ke-30 Proton tahun ini sejak diwujudkan pada 1985, Dr Mahathir berkata syarikat itu berazam mengubah persepsi orang ramai bahawa ia mengeluarkan kereta berkualiti rendah.
Jelasnya, Proton yang memulakan operasi dengan hanya menghasilkan kereta mekanikal kini ternyata mampu mengeluarkan kenderaan jenis elektrik yang menepati piawaian antarabangsa.
"Malah, Proton sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan dengan memperkenalkan kereta dilengkapi enam beg udara.
"Proton kini dilihat sebagai pemangkin bagi mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia," katanya.
Menurutnya, pengeluar kereta nasional itu akan kekal gigih bagi mengharungi cabaran industri automotif itu.
Selain itu, sejajar perancangan masa depan, Dr Mahathir berkata, Proton akan mempertingkatkan prestasi varian keretanya tanpa perlu menukar nama sedia ada.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pihaknya akan memperkenalkan varian baharu Proton Perdana pada suku pertama tahun depan.
Bernama
Sat Oct 03 2015

Proton Holdings Bhd memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit. -Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Petrol Euro 5 tidak akan beban pengguna - Nik Nazmi
Penggunaan petrol Euro 5 yang akan mula dilaksanakan September tahun hadapan tidak akan meningkatkan harga bahan api itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kawasaki tampil dengan model terbaharu ZX-10R versi 2021
Ia tampil dengan muka hadapan yang lebih agresif malah ada yang menggelarnya seperti robot Megatron.

Proton kekalkan harga kereta biarpun ringgit susut - Dr Mahathir
Proton Holdings Bhd hari ini memberi jaminan mengekalkan harga jualan semasa keretanya biarpun berdepan peningkatan kos bahan mentah import akibat penyusutan ringgit.