KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual kira-kira 2,000 unit Proton X70 2022, didorong oleh permintaan yang memberangsangkan untuk varian tersebut.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata bagi kapasiti pengeluaran berikutan isu bekalan cip, pembuat kereta nasional itu bercadang untuk menghasilkan sekitar 3,000 unit sebulan.
"Sekiranya terdapat permintaan yang lebih tinggi, kami akan dapat memenuhi tempahan. Untuk model ini, kami menjangkakan tempoh menunggu kira-kira dua bulan," katanya pada taklimat media maya sempena pelancaran model baharu itu hari ini.
Model X70 2022 berharga dari RM93,900 hingga RM121,800 bagi Semenanjung Malaysia dan RM95,900 hingga RM123,800 bagi Sabah dan Sarawak.
Roslan berkata syarikat itu juga mengalami peningkatan dalam rantaian bekalannya, ketika negara menuju ke arah fasa endemik COVID-19 dan situasi ekonomi yang secara keseluruhannya stabil di China.
"Sejak awal Mei, kami telah memerhatikan bahawa rantaian bekalan semakin baik dan kami memantaunya setiap hari.
"Bagi pengeluaran, menerusi enjin pemasangan tempatan, kami mahu memastikan bekalan yang konsisten kepada pengeluaran kami untuk memenuhi tempahan," katanya.
Berkenaan alat ganti pula, berikutan rantaian bekalan yang lebih baik dan aktiviti ekonomi kembali normal, Roslan berkata Proton telah meningkatkan stok alat ganti dan memastikan pengedar juga mempunyai stok yang mencukupi untuk semua model Proton.
"Kami akan meminimumkan tempoh menunggu yang panjang yang telah kami alami dalam tempoh dua tahun yang lalu," katanya.
Sementara itu, Roslan berkata Proton akan mengelak daripada menaikkan harga kenderaannya kecuali untuk X70 baharu dan Saga yang baharu dilancarkan di tengah-tengah peningkatan kos pengeluaran.
Beliau berkata pembuat kereta itu akan cuba menampung kenaikan kos pengeluaran seberapa banyak yang mungkin.
"Selama dua tahun terakhir, disebabkan oleh pandemik ini, kami telah menanggung sejumlah besar kenaikan harga komponen.
"Sekiranya kami tidak dapat menyerap kenaikan kos, maka kami perlu salurkan atau berkongsi sebahagian daripadanya kepada pelanggan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Model X70 2022 berharga dari RM93,900 hingga RM121,800 bagi Semenanjung Malaysia dan RM95,900 hingga RM123,800 bagi Sabah dan Sarawak. - Foto Proton

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.