Alpari Research Analysis Ltd, anak syarikat penyelidikan Alpari, yang merupakan salah satu broker mata wang asing yang terkemuka di dunia, berasa amat positif ke atas ekonomi negara.
Ini kerana katanya, pilihan raya umum akan datang dilihat tidak akan mempunyai kesan ke atas asas-asas ekonomi Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Roberto d'Ambrosio, berkata ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada pendapatan minyak.
"Malaysia adalah salah satu persekitaran yang terbaik bagi pelabur-pelabur asing," katanya dalam satu taklimat media di sini pada Isnin.
d'Ambrosio berkata, ringgit, yang dijangka lemah berbanding dolar US pada 3.90 menjelang akhir tahun disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat, juga akan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport.
Katanya, Malaysia juga tidak perlu khuatir dengan tahap hutangnya kerana ia masih di bawah tahap siling sebanyak 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang secara relatifnya lebih rendah daripada negara-negara lain.
Beliau ketika mengulas mengenai kesan perang perdagangan AS-China, berkata ia diramalkan akan berkurangan kerana kedua-dua ekonomi itu adalah saling berkait dan bergantung antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, mungkin terdapat kesan jika produk yang dikilangkan di China, sumber-sumbernya datang dari Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Analisis, Tomasz Wisniewski, berkata permintaan domestik yang semakin meningkat disebabkan oleh pertumbuhan dalam gaji, turut membantu mempertingkatkan ekonomi negara.
"Keadaan politik yang stabil dan polisi Bank Negara Malaysia yang menggalakkan pelaburan asing telah meningkatkan ekonomi Malaysia," kata Wisniewski.
Wisniewski menjangkakan penanda aras tahap sokongan FBM KLCI berada pada 1,795 dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 26 2018

Ringgit, yang dijangka lemah berbanding dolar US pada 3.90 menjelang akhir tahun disebabkan oleh jangkaan kenaikan kadar faedah AS, juga akan meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

PRU14 tidak beri impak ke atas asas ekonomi Malaysia - Alpari Research
Ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan kerana ia telah berjaya mengurangkan pergantungan kepada pendapatan minyak.