Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yakin dapat mengekalkan secara konsisten pemberian dividen sebanyak empat peratus kepada 2.7 juta penyimpan akaun SSPN-i.
Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya juga menyasarkan pemberian dividen lebih tinggi pada tahun ini dalam usaha menjadikan tabiat menabung sejak usia muda sebagai amalan untuk pendidikan.
"Pada tahun lalu, kita secara konsisten berjaya memberi sebanyak empat peratus dividen dan ia lebih tinggi berbanding mana-mana institusi kewangan yang menawarkan skim yang sama. Ini kerana kita bukan saja bertindak sebagai pemberi pinjaman dan mengutip hutang tetapi melakukan lebih daripada itu untuk memastikan pendeposit mendapat faedah daripada tabungan mereka," katanya.
Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini pada Jumaat.
PTPTN, katanya, turut berharap dapat mencapai sasaran 350,000 akaun baharu dengan 500 juta pendeposit pada tahun ini secara mempergiatkan kempen agar SSPN-I menjadi pilihan orang ramai sebagai simpanan pendidikan.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata peratusan pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji yang dilakukan sejak 2015 semakin meningkat dan diterima baik oleh peminjam.
"Saya tiada angka yang tepat bagi tahun ini namun apa yang pasti, peratusannya semakin bertambah dari tahun ke tahun dan kita masih meneruskan pemberian diskaun 10 peratus kepada pembayaran melalui potongan gaji dengan harapan lebih ramai peminjam menggunakan kaedah ini untuk membuat pembayaran," katanya.
Dalam pada itu, Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini menyaksikan seramai 300 pelajar menerima bantuan untuk membuka akaun SSPN-i, 300 penerima daripada golongan kurang berkemampuan menerima barangan keperluan harian dan 10 buah rumah terpilih untuk dibaiki sistem pendawaian elektrik oleh pelajar GiatMara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017

PTPTN menyasarkan pemberian dividen lebih tinggi pada tahun ini dalam usaha menjadikan tabiat menabung sejak usia muda sebagai amalan untuk pendidikan. -Gambar fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.

Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.

Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.

Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.

Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia pada Jumaat.

Wajah Muhammad Akil Syauqi jernih, tersenyum - Bekas pengasuh
Menurut Siti Fadilah Hashim, dia yang dipanggil dengan panggilan Mama oleh Arwah sangat sedih kerana amat disayangi Fadilah sekeluarga.

Seret anjing guna motosikal, tukang kebun didenda RM2,500
Seorang tukang kebun didenda RM2,500 selepas mengaku salah melakukan khianat terhadap seekor anjing.

Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.

Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.

Wanita hamil 5 bulan dicekup khalwat
Menurut PADK, wanita itu bekerja di Kulim manakala suaminya bekerja di Ipoh dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.