Pendapatan isi rumah Malaysia bagi tahun 2014 meningkat sebanyak RM1,141 kepada RM6,141 sebulan berbanding 2012, hasil peningkatan sumbangan pemindahan tunai seperti pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta hartanah dan pelaburan.
Mengikut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) bertajuk Keadaan Isi Rumah II, kadar peningkatan kelompok kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah adalah yang paling pantas.
Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhzani berkata walaupun upah dan gaji adalah sumber pendapatan terbesar bagi ketua isi rumah, ia hanya mencatat peningkatan nominal sebanyak 3.3 peratus dan satu peratus bagi penggal sebenar antara tempoh 2012 dan 2014.
Menurutnya, jurang antara isi rumah di bandar dan pedalaman serta antara kumpulan etnik berbeza juga kian rapat dan indeks pekali GINI (pengukur ketaksamaan yang lazim digunakan) turut meningkat kepada 0.401.
"Akses kepada infrastruktur asas - sekolah dan kemudahan kesihatan awam terus meningkat. Kita lebih ketara sebagai rakyat dengan kemudahan jaringan serba lengkap apabila semakin ramai isi rumah memiliki akses internet," katanya pada majlis pelancaran laporan itu di sini, hari ini.
Mengikut laporan itu, ketakseimbangan dari segi kemewahan yang dibuat berdasarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan Amanah Saham Bumiputera, ternyata lebih ketara dan menimbulkan kebimbangan bahawa tabungan ramai tidak mencukupi untuk simpanan persaraan.
Malah, kata Charon, antara kebimbangan itu membabitkan kemungkinan bahawa ramai rakyat tidak menyimpan secukupnya untuk tempoh persaraan selama 20 tahun serta terlalu banyak berhutang.
Beliau berkata walaupun keadaan isi rumah lebih baik dan jangka hayat rakyat tempatan bertambah iaitu 77.4 tahun untuk wanita dan lelaki 72.5 tahun, namun kenaikan harga makanan yang lebih ketara berbanding inflasi secara menyeluruh, ternyata menjadi kebimbangan utama.
"Harga susu tepung dan produk tenusu lain meningkat dan berbeza jika dibandingkan dengan kejatuhan harga makanan itu di negara seperti Australia dan New Zealand," katanya.
Kadar pengangguran, katanya, turut mencetuskan kebimbangan kerana turut membabitkan kalangan belia serta mereka yang berpendidikan tinggi.
Kalangan profesional dan pekerja mahir pula menerajui kelompok pendapatan isi rumah merangkumi semua peringkat etnik.
Charon juga berpendapat, usaha melindungi kepentingan isi rumah Malaysia memerlukan pendekatan berstruktur berikutan faktor persekitaran yang lebih mencabar serta pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah, kenaikan kos makanan dan pertumbuhan produktiviti yang lembap.
Bernama
Mon Aug 29 2016

Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhzani berkata, timbul kebimbangan yang ramai rakyat tidak menyimpan secukupnya untuk tempoh persaraan selama 20 tahun serta terlalu banyak berhutang. - Gambar fail

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Purata pendapatan bulanan isi rumah 2014 meningkat RM1,141 - laporan
Kadar peningkatan kelompok kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah adalah yang paling pantas.