KUALA LUMPUR: Purata sewa di seluruh Malaysia meningkat 1.8 peratus kepada RM1,920 bagi suku pertama 2024 daripada angka pada suku pertama 2023, dengan trend ke arah peningkatan kemampuan memandangkan kadar kenaikan menurun, menurut Indeks Sewa Rumah Malaysia suku pertama 2024 oleh IQI.
Pengasas Persama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI Kashif Ansari berkata prestasi Indeks Sewa Rumah Malaysia bagi tempoh itu menunjukkan pertumbuhan permintaan terhadap hartanah sewa semakin perlahan namun masih pada tahap lebih tinggi yang ditetapkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Purata harga sewa di Malaysia sejak dua tahun lepas ialah RM1,895, lebih rendah daripada harga purata suku pertama RM1,920,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut IQI Indeks Sewa Rumah Malaysia berubah berdasarkan keseimbangan antara bekalan hartanah sewa dan bilangan orang yang ingin menyewa, trend bermusim, perubahan bilangan penuntut antarabangsa di negara ini, dan perubahan aktiviti pelabur yang membeli hartanah untuk disewakan.
IQI menjelaskan kadar sewa untuk 12 bulan akan datang diunjur meningkat agak sederhana dan naik di antara sifar peratus dengan tiga peratus daripada paras pada suku pertama 2024.
“Susulan perjalanan antarabangsa dan ketibaan pelancong terus kembali meningkat, Malaysia mungkin mencatatkan kemasukan penduduk jangka masa panjang baharu dalam jumlah yang besar, penghuni sewa jangka masa pendek serta penuntut antarabangsa.
“Ini juga mungkin menyumbang kepada permintaan lebih tinggi untuk hartanah sewa dan memberi peluang kepada pelabur,” tambahnya.
IQI memaklumkan di Kuala Lumpur, sewa meningkat 7.6 peratus berbanding setahun lepas, dengan purata sewa RM2,735 iaitu dua peratus lebih tinggi daripada purata dua tahun (lapan suku) lepas.
“Sewa di Kuala Lumpur masih pada sekitar harga berpatutan semasa COVID-19 kerana kadar sewa masih belum pulih sepenuhnya daripada penurunan semasa era pandemik.
“Purata sewa pada suku pertama 2024 adalah 27 peratus lebih rendah berbanding suku yang sama 2020, sebelum pandemik,” menurutnya.
Bernama
Tue Jul 09 2024
Kashif berkata prestasi Indeks Sewa Rumah Malaysia bagi tempoh itu menunjukkan pertumbuhan permintaan terhadap hartanah sewa semakin perlahan namun masih pada tahap lebih tinggi yang ditetapkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar fail
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Purata sewa meningkat 1.8 peratus kepada RM1,920 pada suku pertama
Purata sewa di seluruh Malaysia meningkat 1.8 peratus kepada RM1,920 bagi suku pertama 2024 daripada angka pada suku pertama 2023.