KULIM: SIRIM Berhad, peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti hari ini melancarkan Pusat Inovasi Peranti Perubatan (MDIC) bagi meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk industri peranti perubatan tempatan.
Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan industri dalam meneroka inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang.
Pusat ini juga akan meningkatkan keupayaan akses pasaran industri peranti perubatan serta mewujudkan komuniti amalan bersama dalam mengurus dan mengkomersialkan teknologi baharu.
MDIC yang terletak di Kulim Hi-Tech Park, Kedah membolehkan kerjasama dengan pelbagai rakan pintar yang merangkumi pengeluar peranti perubatan, kementerian dan agensi kerajaan, pusat inovasi pembuatan antarabangsa dan institut penyelidikan dan universiti.
Pelancaran MDIC disempurnakan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Hadir sama, Pengerusi SIRIM, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali dan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.
Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata SIRIM, sebuah agensi di bawah MITI yang menerajui teknologi perindustrian telah mengambil langkah berani dengan penubuhan MDIC selaras dengan sektor penjagaan kesihatan dan perubatan negara yang dijangka berkembang pada 5.7% dari 2020 hingga 2025 berikutan peningkatan populasi warga tua dan penyakit tidak berjangkit.
“Pada permulaan pandemik, kerajaan telah menghadapi kekurangan bekalan PPE, kit diagnostik dan juga makmal-makmal pengujian yang berkeupayaan tinggi.
Daripada pengalaman ini, kita telah pelajari bahawa Malaysia adalah ekonomi perdagangan yang signifikan dalam rantaian bekalan global.
“Polisi-polisi strategik telah dikaji semula bagi mengukuhkan industri terutamanya dalam industri peranti perubatan,” katanya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata SIRIM berperanan sebagai sebahagian daripada pemboleh daya bagi pengukuhan ekosistem peranti perubatan negara, melalui peningkatan keupayaan seperti penyelidikan dan pembangunan produk peranti perubatan; pengukuran dan penentukuran untuk industri peranti perubatan; penilaian pematuhan iaitu pengujian, pemeriksaan dan pensijilan; bantuan latihan teknikal bagi membangunkan standard industri peranti perubatan; dan peningkatan produktiviti melalui Program SIRIM Fraunhofer.
Tiga program utama akan dilaksanakan oleh MDIC yang melibatkan penggunaan inovasi teknologi termaju bagi PKS tempatan; teknologi Industri 4.0 yang diterima pakai oleh syarikat tempatan besar dan projek vendor utama yang akan disertai oleh pihak syarikat multinasional dan PKS tempatan.
MDIC juga akan melaksanakan inkubator inovasi pembuatan, makmal terbuka dan “teaching factory” yang membolehkan rangkaian kerjasama awam dan swasta direalisasi.
MDIC ditubuhkan berikutan maklumbalas yang diperoleh SIRIM daripada industri peranti perubatan dan agensi kerajaan berkaitan yang antaranya mengemukakan isu dan cabaran yang dihadapi industri itu seperti: inovasi teknologi, akses pasaran, pembangunan sumber manusia dan polisi untuk membantu industri.
Cabaran utama yang dikemukakan oleh semua peringkat industri adalah sumber terhad dalam menjalankan R&D produk berikutan kekurangan sumber kewangan, kemudahan infrastruktur dan pekerja berkemahiran tinggi. Sementara itu, syarikat-syarikat multinasional pula menghadapi kesukaran mendapatkan sumber manusia dengan kepakaran tertentu yang boleh menjayakan hala tuju teknologi mereka.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Nov 01 2021

Mohamed Azmin Ali (dua dari kanan) dan Dr Ahmad Sabirin Arshad mendengar penerangan di pameran bersempena pelancaran Pusat Inovasi Peranti Perubatan (MDIC) kelolaan SIRIM Berhad di Kulim Hi-Tech Park, Kedah pada 30 Oktober 2021. -Dagang News
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.