KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) hari ini mengumumkan pengerusinya Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda akan berundur daripada jawatan beliau berkuat kuasa 18 Julai 2023, selepas mengemudi syarikat itu sejak penubuhannya pada 2009.
Syarikat ekuiti swasta berkaitan kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Raja Arshad akan digantikan oleh Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan yang pada masa ini menyandang jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat.
Sepanjang tempoh Raja Arshad meneraju syarikat, jumlah portfolio pelaburan kumulatif Ekuinas terdiri daripada 42 syarikat yang disumbang menerusi pelaburan langsungnya dan pengurus dana penyumberan luar, mewakili portfolio pelbagai dan dinamik merentas pelbagai sektor strategik, dengan jumlah modal yang digunakan melebihi RM5.1 bilion.
Ekuinas berkata pelaburan sekarang dan sebelum ini termasuklah APIIT Education Group, Tenby Schools, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, ICON Offshore dan Orkim Sdn Bhd.
"Ia merupakan satu perjalanan yang penting. Saya berbesar hati dan bertuah kerana dapat bekerja bersama-sama lembaga dalam membimbing pasukan profesional yang luar biasa yang bersemangat untuk mencipta nilai dalam perniagaan yang dilaburkan dan syarikat portfolio
"Saya bangga dengan apa yang telah kita capai bersama dan yakin Ekuinas akan terus maju di bawah kepimpinan Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.
"Saya mendoakan kejayaan pasukan dalam komitmen kewangan dan juga sosial mereka," kata Raja Arshad.
Ekuinas berkata Shahril Ridza dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya pada 1 Okt 2022, dan ketika ini merupakan pengerusi Axiata Group Bhd dan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd serta ahli lembaga pengarah bukan eksekutif Kuala Lumpur Kepong Bhd.
"Saya amat berbesar hati menggalas jawatan sebagai pengerusi ini, mengikut jejak langkah Raja Arshad, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Ekuinas.
"Kami berterima kasih atas bimbingan, kebijaksanaan, dan komitmen tidak berbelah bahagi beliau terhadap standard tertinggi tadbir urus dan etika," kata Shahril Ridza.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Raja Arshad sepanjang tempoh beliau sebagai pengerusi.
"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Arshad atas sumbangan beliau yang luar biasa dalam membentuk Ekuinas menjadi organisasi yang disegani seperti hari ini.
"Pengawasan dan bimbingan beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan mencipta nilai untuk pemegang kepentingan kami.
"Kami juga berharap dapat bekerjasama rapat dengan Shahril Ridza dan memanfaatkan pengalaman luas dan pandangan strategik beliau.
"Di bawah kendaliannya, kami yakin Ekuinas akan terus berkembang maju dan memenuhi misinya untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan," kata Syed Yasir Arafat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Shahril Ridza (kanan) akan menggantikan Raja Arshad (kiri) sebagai pengerusi baharu Ekuinas. -Astro AWANI

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Raja Arshad bersara jawatan Pengerusi Ekuinas berkuat kuasa 18 Julai
Raja Arshad akan digantikan oleh Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan yang pada masa ini menyandang jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat.

Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun
Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.

Ekuinas salur keuntungan RM120 juta kepada PNB
Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menyalurkan sebanyak RM120 juta daripada keuntungannya kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra bagi memanfaatkan pemegang unit Bumiputera dalam dana amanah.

Astro dan Maxis meraih sokongan untuk mengumpul dana bagi mangsa-mangsa tsunami Sulawesi
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Maxis Berhad menyumbangkan RM5 juta kepada Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi.

Maxis sasar 10,000 pelajar untuk akses portal 'eKelas' pada akhir tahun
Maxis Bhd berhasrat mempunyai 10,000 pelajar yang mengakses portal "eKelas" pada akhir tahun dan 100,000 menjelang 2022.