Jumlah penduduk tua di Malaysia dijangka bertambah dengan Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan purata usia penduduk meningkat.
Bayi yang lahir pada 2015 dijangka mempunyai jangka hayat sehingga 77.4 tahun bagi perempuan manakala 72.5 tahun bagi lelaki.
Sehubungan itu rakyat Malaysia digesa bersiap sedia dengan menambah simpanan persaraan mereka.
Menurut Pengarah Kajian KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid secara purata golongan berusia 51 ke 55 tahun mempunyai simpanan KWSP sekitar RM159,952.
Beliau berkata, berdasarkan kadar faedah dan inflasi, ia hanya mampu bertahan untuk tempoh 15.6 tahun.
Namun, katanya dengan peningkatan jangka hayat, ia bermakna simpanan semasa tidak mencukupi untuk menampung keperluan persaraan mereka.
"Bagaimana kita mahu pastikan golongan tua ini mempunyai simpanan cukup dan mempunyai kehidupan selesa apabila bersara kelak. Banyak perkara boleh dilakukan seperti yang disebut dalam laporan," katanya selepas pembentangan kajian Kedudukan Isi Rumah Siri Dua oleh Khazanah Research Institute (KRI) di sini, pada Isnin.
Menurut kajian KRI, setakat Februari 2016, jumlah simpanan bagi 0.3 peratus teratas pencarum KWSP adalah melebihi jumlah simpanan lebih 3 juta pencarum golongan berpendapatan rendah.
Data turut menunjukkan 58 peratus pencarum KWSP mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah sekaligus menunjukkan golongan ini tidak mempunyai simpanan cukup untuk persaraan.
Najib Aroff
Mon Aug 29 2016

Secara purata golongan berusia 51 ke 55 tahun mempunyai simpanan KWSP sekitar RM159,952. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Institut Penyelidikan Khazanah saran penubuhan agensi AI berpusat
Ia juga boleh berperanan mewujudkan hubungan dalam kalangan pakar rentas sektor dan berkongsi maklumat mengenai impak AI kepada orang ramai.

Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.

Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan - NADMA
Enam negeri selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.

Kelajuan muat turun kandungan internet di Malaysia tidak sampai 100 Mbps - Kajian
Kajian Kualiti Jalur Lebar Mudah Alih dan Teras Pembangunannya yang dibuat pada tahun lepas itu mendapati kelajuan tertinggi direkodkan hanyalah 68.2 Mbps.

Hari Wilayah: Harga rumah tidak mampu milik, seperti tiada jalan keluar
Harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Belanjawan 2021 bertujuan menangani COVID-19 secara seimbang - Institut KRI
Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan transformasi digital negara dan menjadikan isu dasar digital lebih mendesak berbanding sebelum ini.

Purata pendapatan isi rumah meningkat, RM7,901 pada 2019
Purata pendapatan isi rumah Malaysia pada nilai benar meningkat lebih tiga kali ganda dari RM2,580 pada tahun 1989 ke RM7,901 pada 2019.

16,668 tan dibuang setiap hari! Ini inisiatif Tesco atasi pembaziran makanan
Pernah kita bayangkan nasib rakyat di negara lain yang tidak mendapat makanan secukupnya, namun di Malaysia nampaknya situasi itu berbeza?

Belia tidak memilih kerja, tidak minta gaji terlalu tinggi - kajian KRI
Kajian itu mendapati, pekerja golongan muda yang bekerja separuh masa dan menyumbang kepada keluarga, sanggup menerima sesuatu pekerjaan meskipun ditawarkan gaji di bawah paras lantai RM1,715.