KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali air, Ranhill SAJ mencipta sejarah dengan memiliki persijilan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) bagi kesemua 44 loji rawatan air (LRA) kendaliannya.
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pensijilan HACCP itu membuktikan proses rawatan air di negeri ini diiktiraf dalam mengawal dan meminimumkan risiko pencemaran air terawat.
“Sijil HACCP ini bukan mudah untuk dimiliki, sebaliknya perlu melalui penilaian kompleks berpandukan kehendak dan pematuhan ‘Good Manufacturing Practices (GMP)’ Piawaian MS 1480, Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan dan Akta Makanan 1983 oleh Kementerian Kesihatan.
“Pensijilan ini juga dapat menambah keyakinan kepada pengguna di negeri ini bahawa air yang dibekalkan adalah benar-benar selamat dan berkualiti tinggi.
“Pencapaian ini mampu menjadi elemen penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Johor kerana kualiti air meyakinkan serta selamat adalah aspek penting dalam pelbagai sektor termasuk perindustrian, penternakan dan pembuatan.
"Ia sekali gus menambah keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini,” katanya selepas menyaksikan majlis penyampaian sijil pengiktirafan MBOR oleh wakilnya, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar pada Isnin.
Turut hadir, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Ranhill Utilities Berhad, Tan Sri Hamdan Mohamed.
Sementara itu, Muhamad Faizal berkata, pengiktirafan itu membuktikan pihaknya komited dalam aspek kesihatan dan keselamatan, khususnya melibatkan bekalan air kepada pengguna.
“Ini adalah anugerah serta pengiktirafan berprestij bagi kami. Pensijilan HACCP ini telah diterima sejak Disember tahun lalu, manakala baki dua daripada 46 LRA dalam proses akhir untuk mendapat pensijilan HACCP.
“Selepas siap kelak, ia merekodkan kesemua 46 LRA di Johor memiliki pensijilan HACCP,” katanya.
Astro Awani
Tue Dec 12 2023
![Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612615494_RanhillUtilitiesBe.jpg)
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR). -Gambar fail
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689497929_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
![Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647004897_WaterPipe.jpg)
Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
![Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612615494_RanhillUtilitiesBe.jpg)
Ranhill SAJ operator air pertama miliki HACCP di semua LRA
Kejayaan itu sekali gus melayakkan Ranhill SAJ dinobat sebagai operator air pertama memiliki HACCP bagi kesemua LRA di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
![RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612615494_RanhillUtilitiesBe.jpg)
RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ
Peruntukan itu bagi melaksanakan projek saluran paip dan tangki air Rengit, yang kini berada pada peringkat DED.
![Ranhill SAJ saran masyarakat ada kesedaran bendung pencemaran sumber air mentah Ranhill SAJ saran masyarakat ada kesedaran bendung pencemaran sumber air mentah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617784393_NorIfuanMdNor.jpg)
Ranhill SAJ saran masyarakat ada kesedaran bendung pencemaran sumber air mentah
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr. Nor Ifuan Md Nor menegaskan, kesedaran itu perlu memandangkan kawasan hulu sungai adalah punca utama untuk air terawat.
![Gangguan air 4 hari di Kluang, jangan risau air ada malam ini - Ranhill SAJ Gangguan air 4 hari di Kluang, jangan risau air ada malam ini - Ranhill SAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612615494_RanhillUtilitiesBe.jpg)
Gangguan air 4 hari di Kluang, jangan risau air ada malam ini - Ranhill SAJ
Astro AWANI hari ini melaporkan penduduk di Taman Kluang Barat masih belum menerima bekalan air sejak empat hari lalu susulan kejadian paip pecah.
![Punca air bau pandan di Johor disiasat Punca air bau pandan di Johor disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
Punca air bau pandan di Johor disiasat
Siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda pencemaran berlaku malah langkah mengatasi telah dilakukan dan pemulihan secara berperingkat sedang berlaku.
![Guna air berhemah pada musim kemarau - SAJ Guna air berhemah pada musim kemarau - SAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51512442740_BathTubTap.jpg)
Guna air berhemah pada musim kemarau - SAJ
Ini berikutan musim kemarau yang dijangka berlanjutan sehingga April berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.