MENURUT Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah yang mana sebahagian daripadanya berpunca daripada amalan rasuah.
Ini adalah jumlah yang sangat banyak dan merupakan satu kerugian yang besar buat negara kita. Alangkah baiknya jika wang ini dapat dimanfaatkan dalam usaha membantu rakyat, lebih-lebih lagi di kala ramai yang terkesan oleh pandemik COVID-19.
Umum mengetahui bahawa, pandemik COVID-19 memberikan tamparan hebat kepada seluruh dunia. Ribuan rakyat Malaysia hilang pekerjaan, banyak perniagaan merosot malahan ada yang gulung tikar dan yang lebih menyedihkan ramai yang kehilangan insan tersayang disebabkan virus ini.
Tekanan dan cabaran ini secara tidak langsung menjadikan masyarakat semakin peka dengan isu-isu berkenaan inisiatif kerajaan dalam memutuskan rantaian virus COVID-19, memulihkan ekonomi, bantuan kewangan serta penjagaan sempadan negara.
Oleh yang demikian, agensi-agensi kerajaan dan penguatkuasaan kini berada dalam radar masyarakat. Ini kerana masyarakat mengharapkan segala inisiatif yang diumumkan kerajaan dimaterialisasikan dengan sempurna dan telus. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, masyarakat sudah pasti akan sentiasa memerhati dan menilai agensi-agensi terbabit.
Justeru, agensi-agensi kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi perlu telus dan cekap dalam melaksanakan inisiatif yang diumumkan, lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan kewangan.
Tekanan ini telah mendorong banyak agensi-agensi kerajaan untuk memantapkan lagi tadbir urus, integriti dan antirasuah demi membuktikan kepada masyarakat bahawa segala amanah yang dipikul dilaksanakan dengan baik.
Banyak inisiatif telah diwujudkan bagi mengekang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa antaranya pengisytiharan harta, polisi perolehan yang ketat, ikrar integriti korporat, polisi antirasuah termasuklah kerjasama rentas agensi.
Kerjasama rentas agensi adalah satu idea yang bernas dan tidak seharusnya dipandang enteng. Namun begitu, ia perlu dilaksanakan dengan lebih strategik dengan menggunakan satu sistem yang berstruktur dan diiktiraf, bukan sekadar menandatangani memorandum persefahaman, menyertai persidangan, mengadakan kolaborasi, mesyuarat dan sebagainya.
Sistem yang dimaksudkan adalah ISO 37001 – Anti-Bribery Management Systems (ABMS), satu standard yang diterbitkan oleh The International Organization for Standardization (ISO) pada tahun 2016 bagi mencegah, mengesan dan menangani kes rasuah di dalam sesebuah organisasi yang boleh digunapakai oleh agensi kerajaan, swasta, perusahaan kecil & sederhana (SME) serta badan bukan kerajaan (NGO).
ABMS boleh dikategorikan sebagai kerjasama rentas agensi kerana pelaksanaannya melibatkan penyertaan lebih daripada satu organisasi termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana setiap pihak perlu memainkan peranan bagi melengkapkan proses dan kitaran sekiranya ada isu berkaitan rasuah di sesebuah agensi dilaporkan.
Lebih penting, setiap proses akan diaudit dan tidak ada satu pun aduan salah guna kuasa atau rasuah yang akan terlepas pandang.
Tambahan, polisi pemberi maklumat (whistleblowing policy) di dalam sistem ini juga kukuh dan selamat. Sesiapa sahaja, baik di dalam mahupun di luar organisasi tidak perlu gusar untuk melaporkan aktiviti rasuah dan salah guna kuasa melalui saluran yang disediakan kerana segala maklumat yang diberikan dilindungi dan sulit.
Bukan itu sahaja, tindakan susulan juga akan diambil sehinggalah aduan sampai ke SPRM untuk proses siasatan malahan akan menjangkau ke Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah untuk proses pendakwaan dan penghakiman sekiranya terbukti ada kes.
Inilah yang dimaksudkan kerjasama rentas agensi yang strategik dan sistematik yang mana setiap pihak berganding bahu menggunakan kuasa yang diperuntukkan serta kepakaran masing-masing dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa di sesebuah agensi.
Dalam ekosistem ini, Institut Integriti Malaysia (IIM) turut mempunyai peranannya tersendiri, iaitu memberi khidmat konsultansi kepada agensi kerajaan dan swasta yang berhasrat untuk membangunkan ABMS, seperti yang termaktub di dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).
Ditubuhkan pada tahun 2004, IIM ialah sebuah agensi di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri.
NACP yang dilancarkan pada 2019 juga telah menyatakan bahawa pensijilan ABMS akan diperkenalkan kepada semua agensi kerajaan (objektif strategik 2.1.3). Malahan dalam objektif strategik 6.2.4, pensijilan ABMS dicadangkan sebagai syarat minimum bagi syarikat milik kerajaan, syarikat berhad menurut jaminan dan syarikat swasta dalam mendapatkan kontrak kerajaan.
Setakat Ogos 2020, sebanyak 60 organisasi daripada pelbagai sektor termasuk kementerian, jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta telah mendapat pensijilan ISO 37001 ABMS daripada QAS SIRIM International dan tidak mustahil lebih banyak organisasi yang akan mendapat pensijilan ini di masa hadapan.
Berdasarkan kajian keberkesanan yang dijalankan oleh The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU), Universiti Malaysia Pahang (UMP), SIRIM dan IIM, jumlah aduan berkaitan aktiviti rasuah di dalam organisasi telah meningkat sebanyak 50 peratus dengan adanya ABMS.
Ini jelas membuktikan kakitangan menjadi lebih berani untuk melaporkan isu berkaitan rasuah dengan adanya ABMS.
Sekali lagi ditekankan bahawa kerjasama rentas agensi adalah satu usaha yang murni dan akan membuahkan hasil sekiranya ia dilaksanakan dengan lebih strategik menggunakan sistem yang telah terbukti keberkesanannya.
Bayangkan sekiranya lebih banyak agensi yang mengaplikasikan ABMS, sudah tentu rasuah dan salah guna kuasa dapat dibendung sekali gus menjadikan Malaysia terkenal sebagai negara yang berintegriti tinggi.
* Nor’afiza Saim merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Norafiza Saim
Fri Mar 19 2021

Menerusi kerjasama rentas agensi yang strategik dan sistematik, setiap pihak berganding bahu menggunakan kuasa yang diperuntukkan serta kepakaran masing-masing, dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa di sesebuah agensi. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rasuah Busters: Kerjasama rentas agensi perlu lebih strategik, sistematik tingkat integriti
Menurut Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah dan sebahagian daripadanya berpunca dari