Syarikat Penerbangan Rayani Air yang berpangkalan di Langkawi bakal memulakan operasinya pada 20 Disember ini dengan penerbangan 'homecoming' dari KLIA2 ke Langkawi.
Ia akan disusuli denagan penerbangan pertama dari Langkawi ke KLIA2.
Pengarah Urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari berkata syarikat itu menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik melibatkan lima lokasi iaitu Langkawi, KLIA2, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.
Jelasnya, Rayani Air memilih Langkawi sebagai pangkalan penerbangan kerana melihat lokasi itu sebagai destinasi utama pelancong.
Rayani Air juga adalah syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia yang beroperasi berlandaskan patuh syariah.
"Kami mewajibkan anak kapal kami yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat dan kepada yang bukan beragama Islam untuk memakai secara sopan.
"Dalam penerbangan kami juga, kami mempunyai polisi 'tiada alkohol' dan menyediakan makanan yang halal.
"Kami juga akan membuat bacaan doa sebelum memulakan penerbangan," kata Jaafar dalam satu sidang media selepas majlis penerimaan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operasi Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Putrajaya pada Jumaat.
Perkhidmatan penuh
Jaafar juga menegaskan syarikat penerbangan itu bukan penerbangan kos rendah mahupun penerbangan jenis hibrid.
"Kami adalah penerbangan perkhidmatan penuh (full service) seperti MAS. Pesawat kami menyediakan 16 tempat duduk kelas bisnes dan 128 kelas ekonomi," jelas Jaafar.
Rayani Air kini memiliki 355 kakitangan yang melibatkan lapan juruterbang dan 50 anak kapal.
Setakat ini, Rayani Air menggunakan dua pesawat Boeing 737-400 yang dibeli dari Neptune Air Limited.
Bagi tahun hadapan, syarikat penerbangan itu bercadang untuk menambah jumlah pesawat dan meluaskan rangkaian ke rantau Asia termasuk Jakarta dan Manila.
Jaafat turut berkongsi antara rancangan Rayani Air adalah membuka laluan ke Timur Tengah yang khusus kepada penerbangan umrah dan haji.
Dalam tempoh satu hingga dua tahun, Rayani Air juga menyasarkan untuk meluaskan pasaran di China.
Sejak dibuka untuk tempahan pada 13 Disember lalu, Rayani Air sudah mendapat sambutan baik dengan memperoleh antara 50 peratus hingga 60 peratus tempahan terutamanya untuk musim perayaan Cina tahun hadapan.
Dania Zainuddin
Fri Dec 18 2015

Rayani Air bukan penerbangan kos rendah mahupun penerbangan jenis hibrid, serta menawarkan perkhidmatan penuh. - Gambar fail

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

'Kenapa Tun M hentam Rayani Air?' - Daud Che Ngah
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyokong operasi syarikat penerbangan baharu, Rayani Air yang memberi perkhidmatan dengan konsep patuh syariah walaupun pemiliknya jelas bukan beragama Islam.

Penerbangan pertama Rayani Air berlepas pagi Ahad
Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia
Syarikat Penerbangan Rayani Air yang berpangkalan di Langkawi bakal memulakan operasinya pada 20 Disember ini dengan penerbangan 'homecoming' dari KLIA2 ke Langkawi.