KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengembangkan bahagian pasarannya dalam pasaran lemak bakeri di China, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata China terpaksa mengimport bahan mentah terutamanya dari Indonesia dan Malaysia kerana pengeluaran tahunan lelemak di China tidak mampu menampung permintaan penggunaan domestik yang semakin meningkat setiap tahun.
Menurut Zuraida, pada 2021, Malaysia mengeksport sebanyak 7,655 tan metrik lelemak ke China.
Mengambil kira perkara ini, beliau menggesa pengeluar lelemak dan marjerin tempatan agar menjalinkan hubungan secara proaktif dengan pengusaha bakeri terkemuka di ekonomi kedua terbesar dunia itu.
"Walaupun bahagian pasaran negara dalam industri bakeri China ketika ini kecil, Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia mampu mengembangkan bahagian pasarannya dengan strategi promosi dan pemasaran yang betul," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pasaran marjerin China juga berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 20 peratus.
China mengimport bekalan marjerin dari Indonesia, dengan 650 tan metrik dari Malaysia pada 2021, peningkatan 10 peratus daripada 590 tan metrik pada 2020.
Saiz pasaran industri bakeri China meningkat kepada 265.7 bilion yuan (RM172.53 bilion) daripada 187.7 bilion yuan (RM121.88 bilion) dengan purata kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) kira-kira 9 peratus dari 2017 hingga 2021.
Zuraida berkata saiz pasaran industri makanan bakeri China dijangka mencecah 287.4 bilion yuan (RM186.62 bilion) pada 2022.
Tahun lepas, pelaburan dalam industri bakeri China mengatasi 26 industri lain dengan jumlah keseluruhan 6.14 bilion yuan (RM3.98 bilion) susulan pemulihan rancak ekonomi negara tersebut pasca COVID-19.
Beliau berkata industri bakeri di China yang semakin mengembang, yang mana lemak bakeri merupakan antara bahan mentah utama dijangka mendorong keberlimpahan ekonomi bagi segmen hiliran sektor minyak sawit Malaysia.
"Untuk melengkapkan penyertaan industri hiliran minyak sawit, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah memulakan kempen "Gerakan Global untuk Memenangi Kebaikan Minyak Sawit".
"Platform ini bertujuan untuk mencetuskan kesedaran tentang kualiti minyak sawit Malaysia serta menangkis dakyah dan berita palsu mengenai komoditi nombor satu negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Zuraida berkata, saiz pasaran industri makanan bakeri China dijangka mencecah 287.4 bilion yuan pada 2022. - Gambar fail
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Datuk Zuraida Kamaruddin.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR dijadual semula 23 Sept
Pendengaran rayuan Zuraida terhadap keputusan memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon dijadualkan semula pada 23 Sept.
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.