KUALA LUMPUR: Sebuah pusat penginapan mewah berkonsepkan alam semula jadi bakal dibina di Bukit Tasek Serendah, Serendah bermula suku kedua tahun hadapan.
Pengarah Seri Mendapat Project Management (SMPM) Sdn Bhd, Datin Dr Hartini Osman berkata, pihaknya bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat United Capital Property Investments (Cyprus) Limited (UCPI) dan syarikat Arch Capital Sdn Bhd (ACSB) menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak tersebut.
Menurutnya, projek tersebut akan dibina di lokasi tersebut atas sebidang tanah dengan keluasan sekitar 647.5 hektar milik Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK).
Hartini berkata, projek berkenaan bakal memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk fasa pertama meliputi 50 kelab kesihatan dan pusat percutian, perkampungan kebudayaan, taman hutan, 50 penginapan kembara, rumah pokok, dan tapak perkhemahan.
“Pihak SMPM bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat United Capital Property Investments (Cyprus) Limited (UCPI) dan syarikat Arch Capital Sdn Bhd (ACSB) untuk membina projek pusat penginapan di Serendah yang dapat memajukan ekonomi masyarakat Serendah khususnya dengan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan.
“Projek-projek ini bukan sahaja menyasarkan masyarakat tempatan tetapi juga dari luar negara.
“Dengan pembangunan projek ini, jangkaan kerajaan untuk melibatkan pelaburan swasta dalam melaksanakan projek bernilai tinggi dan memberi kesan limpahan ekonomi yang agak besar serta memberi impak strategik dalam pembangunan ekonomi negara akan tercapai,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media majlis menandatangani MoU Antara Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd dan United Capital Property Investments (Cyprus) Limited Dan Arch Capital Sdn Bhd di Hotel Le Meridien, di sini pada Jumaat.
Majlis menandatangani MoU tersebut turut diadakan antara Hartini yang mewakili SMPM Sdn Bhd dan Pengerusi Kumpulan United Capital Property Investments (Cyprus) Limited. (UCPI), Shazad Chohan sambil disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd, Datuk Zainal Abidin Sakom.
Dalam pada itu, Shazad berkata, pihaknya akan bertindak sebagai pembiaya bagi projek tersebut sepanjang ketiga-ketiga fasa pembinaan dijalankan.
Ujarnya, projek pembinaan tersebut dijangka bermula pada suku kedua tahun hadapan dan dijangka siap dalam masa 36 bulan.
“Proses pembinaan akan dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa satu dan dua meliputi perkampungan kebudayaan, taman hutan, 50 penginapan kembara, rumah pokok, dan tapak perkhemahan yang mengambil masa sembilan bulan untuk selesai dibina.
“Fasa akhir pula meliputi pembinaan chalet, pusat percutian dan kelab kesihatan yang akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 04 2021

(Dua dari kanan) Hartini dan Shazad memaparkan dokumen memorandum yang mereka tandatangani disaksikan oleh Zainal Abidin (kanan, belakang) di Hotel Le Meridien pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Resort mewah konsep alam semula jadi bakal dibina di Serendah
Projek tersebut akan dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan sekitar 647.5 hektar milik Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK).