KUALA LUMPUR: RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Julai ini.
Cabang penyelidikan RHB Banking Group itu sebelum ini mengunjurkan OPR akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps).
Dalam nota penyelidikannya hari ini, RHB Research berkata pemangkin bagi perubahan itu adalah berikutan risiko inflasi yang terhad, langkah campur tangan BNM dalam pasaran pertukaran asing (FX) serta pendiriannya terhadap ekonomi global.
"Biarpun kami percaya inflasi indeks harga pengguna (IHP) teras menjadi isu dalam separuh kedua 2023, (prestasi nilai) ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan mencecah 4.75 dalam tempoh terdekat dengan perspektif imbangan risiko menunjukkannya boleh mencecah sekitar 4.88 pada suku keempat 2023 manakala kadar pertukaran efektif nominal (NEER) mungkin di paras terendah kitaran baharu.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan BNM akan mengekalkan OPR berdasarkan pandangan bahawa risiko inflasi adalah terhad dan penyusutan ringgit pula terutamanya disebabkan oleh faktor luaran dan bukan domestik," katanya.
RHB Research juga menyifatkan langkah campur tangan BNM dalam FX membantu menstabilkan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini, menjadi petunjuk bahawa bank pusat itu berkemungkinan tidak berhasrat menumpukan aspek mempertahankan kadar faedah.
Ia menganggap campur tangan tersebut sebagai pendekatan sementara bagi menangani isu terbabit di pasaran sedang pesat membangun yang menyaksikan asas pemacu mata wang terbabit di laluan penurunan.
"Oleh itu, kami percaya rizab FX akan susut kepada sekitar AS$109 bilion dalam tempoh tiga bulan berikutnya daripada paras AS$112.7 bilion pada 31 Mei, 2023, ketika BNM terus memanfaatkan dasar campur tangan FX untuk menstabilkan ringgit berbanding dolar AS.
"Pada kesudahannya, campur tangan FX itu tidak berkemungkinan mempunyai kesan bertahan lama terhadap haluan ringgit berbanding dolar AS," katanya.
RHB Research bagaimanapun berkata bank berkenaan mengekalkan unjuran kemuncak OPR di paras 3.25 peratus pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
![RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685074291_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara dijangka mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Julai ini. - Gambar fail/BERNAMA
![Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739457843_ShamsulAzriAbuBak.jpg)
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
![Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732290158_TBaaaronago.jpg)
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
![Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
![Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458581_TuntutanPalsu.jpg)
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
![1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727329120_JPA.jpg)
1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.
![Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739458210_PegawaiLupusDiese.jpg)
Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Mengikut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
AWANI Tonight: Hundreds of foreigners freed from scam centres in Myanmar
Over 250 people from 20 countries, who had been working in online scam centers in Myanmar, have been freed by an ethnic armed group and brought to Thailand. Authorities are determining if they were human trafficking victims.
AWANI Tonight: 2024: Deadliest year for journalists, Israel linked to 70% cases
In 2024, a record 124 journalists were killed across 18 countries, with nearly 70% of the deaths attributed to Israel, according to the Committee to Protect Journalists (CPJ).
AWANI Tonight: Government to amend Peaceful Assembly Act
The government will amend the Peaceful Assembly Act to facilitate groups intending to hold peaceful rallies where consent will no longer be needed from site owners, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
![Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730949506_TBHARTANAHjpg.jpg)
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
![BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025 BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725432210_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682562781_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
![FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722601689_BursaMalaysia.jpg)
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
![Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729053136_AmirHamzahAzizan.jpg)
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
![OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725432210_BankNegaraMalaysia.jpg)
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
![Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025 Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639092217_Kenanga.jpg)
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
![OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715312372_BNM.jpg)
OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.