KUALA LUMPUR: Peningkatan nilai ringgit mendorong mata wang tempatan berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan Mei 2024, dipacu tindakan bersepadu yang dilaksanakan sejak tiga bulan lepas oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
MOF menerusi hantaran di platform X menjelaskan dari 26 Feb sehingga 17 Mei tahun ini, ringgit meningkat 2.0 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), manakala dolar Singapura, yuan China, rupee India dan baht Thailand masing-masing susut -0.2 peratus, -0.4 peratus, -0.7 peratus dan 1.0 peratus.
Kementerian itu menambah strategi bersepadu Kerajaan Madani membolehkan ringgit mengukuh dengan purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat kepada US$17.6 bilion (US$1 = RM4.71) dalam tempoh itu.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menggalakkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membawa pulang pendapatan langsung asing dan meningkatkan interaksi dengan pengeskport untuk menukar hasil kepada ringgit.
Selain memantau penukaran hasil eksport dan import, kerajaan turut memperkukuh ekonomi tempatan dan meneruskan reformasi fiskal yang dijanjikan, menurut MOF.
"Dengan prospek Rizab Persekutuan mula menurunkan kadar faedahnya dalam tahun ini. Ini merupakan pemangkin kepada pemulihan nilai ringgit.
"Namun begitu, Malaysia juga telah menggerakkan beberapa usaha untuk menarik minat pelabur ke aset-aset tempatan," tambahnya.
MOF juga menekankan di samping itu, kenaikan bilangan pelancong dari luar negara juga telah meningkatkan permintaan ringgit, dan sekali gus menyumbang kepada pengukuhan nilai mata wang domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Ringgit meningkat 2.0 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), manakala dolar Singapura, yuan China, rupee India dan baht Thailand masing-masing susut -0.2 peratus, -0.4 peratus, -0.7 peratus dan 1.0 peratus.- Gambar hiasan/Reuters

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.