KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peserta pasaran menunggu lebih banyak petunjuk memaparkan pendirian pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah menjelang acara Simposium Jackson Hole, kata penganalisis.
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6555/6590 berbanding dolar AS daripada 4.6465/6495 pada akhir dagangan semalam.
Simposium Jackson Hole yang akan berlangsung pada 24-26 Ogos, adalah acara tahunan yang menghimpunkan wakil-wakil bank pusat global dan sememangnya akan diikuti rapat, terutama ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai hala tuju dasar monetari negara maju tersebut.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Fed bagaimanapun dilihat cenderung untuk mengekalkan pendirian yang lebih berpihak kepada menaikkan kadar faedah.
"Presiden Fed bagi Richmond, Thomas Barking telah membayangkan bahawa Fed mungkin kehilangan kredibilitinya jika ia mengubah sasaran inflasi pada 2.0 peratus. Kenyataan sedemikian dibuat di tengah-tengah gesaan seorang ahli ekonomi terkenal supaya pihak Fed mempertimbang untuk menaikkannya kepada lebih 2.0 peratus.
"Oleh itu, ada kemungkinan Fed mengekalkan pendiriannya yang sebaliknya membantu dolar AS dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata maklumat data pula terus menunjukkan keadaan ekonomi yang perlahan dengan Jualan Kediaman Sedia Ada AS susut kepada 4.07 juta unit pada Julai berbanding 4.16 juta unit pada Jun.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya susut kepada 3.1959/1988 daripada 3.1919/1942 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 5.0498/0536 daripada 5.0689/0721 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9283/9328 daripada 5.9406/9444, sebelum ini.
Selain itu, unit tempatan itu diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain, kecuali mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4302/4331 daripada 3.4312/4336.
Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.3033/3190 daripada 13.2928/3079, turun sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 303.9/304.3 daripada 303.3/303.6 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.26/8.28 daripada 8.24/8.25 pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6555/6590 berbanding dolar AS daripada 4.6465/6495 pada akhir dagangan semalam. -Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.