Ringgit dijangkakan terus terperangkap dalam jajaran kecil, minggu depan, dengan pasaran mencari arah tuju menerusi data utama ekonomi AS yang dijangka dikeluarkan minggu depan.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata AS akan menyiarkan beberapa petunjuk ekonomi penting, termasuk laporan data awal Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua 2019 dan Indeks Keyakinan Pengguna.
"Ini akan menentukan sentimen menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (Fed) yang dijadualkan pada 17 dan 18 Sept," katanya kepada Bernama.
Afzanizam berkata setakat ini, petunjuk ekonomi AS agak bercampur-campur, membayangkan ketidaktentuan mengenai kemungkinan penurunan dalam kadar faedah.
Ini, katanya, akan mendorong pengukuhan dolar memandangkan Fed mungkin tidak tergesa-gesa untuk menurunkan lagi kadar.
Sementara itu, rakan kongsi pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes menjangkakan ringgit akan didagangkan dalam kedudukan yang memihak kepada negatif dalam lingkungan 4.18 hingga 4.20.
"Kecuali Fed membuat keputusan mengejut dengan menurunkan kadar, prospek dolar yang lebih kukuh ketika wujud ketidaktentuan perang perdagangan, meletakkan ringgit dalam kedudukan negatif.
"Isunya ialah dolar yang kukuh berdepan dengan yuan yang lemah, meletakkan forex Asia dan ringgit dalam kedudukan lemah," katanya dan menambah prestasi ringgit juga bergantung kepada ucapan dasar pengerusi Fed, Jerome Powell pada simposium Jackson Hole.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran tempatan kebanyakannya lebih rendah memandangkan pelabur terus menunggu hasil daripada simposium Jackson Hole serta perkembangan perang perdagangan AS-China.
BACA: China kenakan tarif ke atas produk Amerika bernilai AS$75 bilion
Ringgit mengakhiri minggu ini dalam kedudukan lemah pada 4.1900/1930 daripada 4.1760/1810 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan juga didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0213/0237 daripada 3.0097/0140 dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.9284/9327 daripada 3.9230/9288
Unit tempatan juga rendah berbanding pound kepada 5.1147/1201 daripada 5.0763/0828 dan rendah berbanding euro kepada 4.6333/6383 daripada 4.6283/6346.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019

Setakat ini, petunjuk ekonomi AS agak bercampur-campur, membayangkan ketidaktentuan mengenai kemungkinan penurunan dalam kadar faedah. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Hubungan AS-China perlu dipertingkat untuk atasi perubahan iklim - Setiausaha Perbendaharaan AS
Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menggesa agar hubungan antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China dipertingkatkan bagi menangani perubahan iklim dan ancaman global lain.

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.1750/1780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Keadaan keseluruhan pasaran terjejas oleh kekurangan pemangkin baharu daripada sumber tempatan dan asing memandangkan peserta pasaran sedang menunggu perkembangan pertikaian perdagangan AS-China.

ASEAN tetap relevan, perlu perkukuh kerjasama hadapi kuasa-kuasa besar - Dr M
Tidak boleh dinafikan, blok ekonomi 10 negara anggota itu adalah antara segelintir kumpulan serantau yang telah dapat meneruskan kelangsungannya sehingga kini.

Ringgit didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan
Setakat ini, petunjuk ekonomi AS agak bercampur-campur, membayangkan ketidaktentuan mengenai kemungkinan penurunan dalam kadar faedah.

Bursa Malaysia dibuka dalam sentimen positif
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.66-mata kepada 1,780.75 daripada 1,780.09 sewaktu ditutup pada Jumaat.